Polis sentiasa pantau 'mini Dhaka' di Meru

Tular beberapa keping gambar yang memaparkan warga asing yang didakwa tidak mematuhi PKPD di kawasan Jalan Teratai, Meru.
Tular beberapa keping gambar yang memaparkan warga asing yang didakwa tidak mematuhi PKPD di kawasan Jalan Teratai, Meru.
A
A
A

KLANG - Polis sentiasa menjalankan pemantauan di sekitar Jalan Teratai, Meru yang didakwa dipenuhi warga asing sehingga digelar 'mini Dhaka' seperti yang ditularkan di media sosial pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd Salleh berkata, operasi dan pemantauan sentiasa dijalankan di kawasan berkenaan.

"Pada 1 hingga 9 Julai, polis bersama Majlis Perbandaran Klang (MPK) telah menjalankan Ops Patuh ke atas kilang di Klang Utara termasuk melibatkan kawasan berkenaan.

"Sebanyak 92 kilang telah dijalankan pemeriksaan, 22 kilang telah dikompaun, lapan kilang diarahkan tutup," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

Katanya, jumlah keseluruhan kompaun dikeluarkan sebanyak RM303,500.

"Kesalahan yang dilakukan di bawah Seksyen 18(1)(f) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan ketidakpatuhan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) boleh salurkan kepada pihak berkuasa atau terus menghubungi Bilik Gerakan IPD Klang Utara di talian 03-3290 2222," katanya.

Pada Jumaat, tular beberapa keping gambar yang memaparkan warga asing yang didakwa tidak mematuhi PKPD di kawasan Jalan Teratai, Meru.

Artikel Berkaitan:

Gambar tersebut dimuat naik oleh seorang individu sebelum ia menjadi tular di Facebook.