X

Kindly register in order to view this article
!

Kerajaan belum mampu mansuhkan tol: Tun M

Mahathir (tengah) melawat kawasan kilang Metrod Holdings Bhd selepas merasmikan kilang tersebut di Bukit Raja Prime Industri Park hari ini. Turut hadir Pengasas Metrod Holdings Berhad Apurv Bagri (dua, kiri). - Foto Bernama
A
A

KLANG - Kerajaan mungkin berdepan dengan masalah untuk melaksanakan pembangunan lain sekiranya pemansuhan tol dilakukan tanpa kajian terperinci.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, dengan kewangan negara yang tidak menentu ketika ini adalah mustahil untuk perkara itu dilaksanakana dalam tempoh terdekat.

“Kerajaan perlu beli lebuh raya dengan duit cukai yang dikutip daripada rakyat dan dalam masa yang sama jalan yang rosak juga harus dibaiki.

“Jadi, jika pemansuhan tol dilakukan tanpa kajian menyeluruh. Kerajaan akan mengalami kekurangan wang untuk lakukan pembangunan untuk projek-projek lain,”katanya ketika hadir melancarkan loji baharu Metrod Sdn Bhd di sini, hari ini.

Mengulas lanjut pertanyaan media berhubung kecaman daripada rakyat selepas kerajaan bercadang untuk menghapuskan kutipan tol dari jam 11 malam hingga 5 pagi, Dr Mahathir mengakui sedar akan perkara itu.

“Kita sedar kecaman rakyat apabila kita tidak hapuskan tol (secara menyeluruh). Tetapi rakyat perlu sedar (bebanan) kerajaan,” katanya.

Terdahulu, kerajaan mengumumkan sudah memulakan proses rundingan dengan Gamuda Berhad untuk mengambil alih konsesi negara lebuh raya sebagai sebagai langkah pertama ke arah menghapuskan mekanisme kutipan tol.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri, rundingan itu membabitkan Lebuhraya Damansara PUshong (LDP), Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (SRPINT), Lebuhraya Shah Alam (KESAS) dan Terowong SMART.

Melalui inisiatif yang diperkenalkan itu, pengguna lebuh raya hanya akan dikenakan bayaran caj kesesakan yang sama dengan kadar tol sedia ada pada waktu puncak selama enam jam sehari.

ARTIKEL BERKAITAN: PH hapus mekanisme kutipan tol sedia ada, perkenal formula baharu


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!