Duta AS gesa kerajaan pertimbang adakan sesi dialog

Brian McFeeters - Foto Bernama
Brian McFeeters - Foto Bernama
A
A
A

KERAJAAN Persekutuan perlu mempertimbangkan untuk mengadakan sesi dialog pada setiap suku tahun bagi syarikat dan persatuan perniagaan untuk memaklumkan kepada perniagaan peraturan-peraturan baharu serta membenarkan mereka untuk memberikan komen dan maklum balas, kata Duta Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia, Brian McFeeters.

Beliau berkata, maklum balas daripada persatuan perniagaan seperti Dewan Perniagaan Amerika-Malaysia (AMCHAM) menunjukkan perlu ada mekanisme perundingan yang lebih baik dalam usaha untuk menyelaraskan proses pelaksanaan peraturan.

“Apabila peraturan dikeluarkan, syarikat dan persatuan perniagaan tidak menyedari tentang peraturan tersebut dan mereka tidak berpeluang untuk berunding. Selain itu, pelaksanaan peraturan juga boleh jadi agak mengelirukan,” katanya dalam sidang akhbar maya selepas mesyuarat secara maya bersama Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow.

Menurutnya, masalah tersebut berlaku malahan sebelum pandemik Covid-19 melanda Malaysia.

McFeeters berkata, mengadakan sesi dialog suku tahunan bagi syarikat dan persatuan perniagaan berkaitan perkara ini akan memudahkan bagi mereka untuk meramalkan apa yang boleh diharapkan. - Bernama

Artikel Berkaitan: