Rampas rokok seludup RM3.2 juta dalam empat kontena

Datuk Zazuli Johan (dua dari kiri) menunjukkan rokok seludup hasil rampasan tersebut.
Datuk Zazuli Johan (dua dari kiri) menunjukkan rokok seludup hasil rampasan tersebut.
A
A
A

KLANG - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mematahkan sindiket penyeludupan rokok putih dalam empat buat kontena di Pelabuhan Klang dengan nilai rampasan mencecah RM3.2 juta, pada Selasa.

Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Tengah (Selangor), Datuk Zazuli Johan berkata, kontena mengandungi 40 juta batang rokok putih itu diisytiharkan sebagai telekung dan palet terpakai (used pallet) bagi mengelak dari membayar cukai berjumlah RM25.4 juta.

“Bahagian Penguatkuasaan JKDM Zon Tengah,Unit II (Selangor) berjaya mematahkan cubaan menyeludup rokok putih berjenama U2 yang merupakan dagangan larangan dengan penahanan empat buah kontena 40 kaki di Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang.

“Semakan K4 (Manifes Import) mendapati kontena tersebut diikrar sebagai telekung dan used pallet bagi mengelakkan dari dikesan oleh pihak JKDM,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Zazuli berkata, orang awam diminta memberi kerjasama dengan menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti penyeludupan dengan menghubungi talian bebas tol JKDM di 1-800-88-8855.

Artikel Berkaitan: