X

Kindly register in order to view this article
!

Mahkamah syor kes saman Awal Ashaari diselesai secara baik

Awal Ashaari
A
A

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Rabu mencadangkan kes saman fitnah RM3 juta oleh sebuah syarikat terhadap pelakon dan pengacara Awal Ashaari berhubung isu pengubahsuaian rumah dirujuk ke pusat mediasi untuk penyelesaian.

Peguam, Nurshafiqa Balqish Jaffri yang mewakili syarikat Naz Empire Sdn Bhd ketika dihubungi berkata, Hakim Datuk Ahmad Bache mencadangkan pihak plaintif dan defendan merujuk kes saman itu ke Pusat Mediasi Mahkamah Tinggi bagi apa-apa cara penyelesaian yang boleh dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

"Selain itu, mahkamah juga membatalkan saman terhadap defendan kedua, Nawal Yasmin Mat Noh dan ketiga, Muhammad Hilmi Zulkifli.

"Ia selepas plaintif memfailkan notis untuk tidak meneruskan perkara tersebut terhadap mereka kerana penyelesaian telah dibuat di luar mahkamah," katanya selepas pengurusan kes pada Rabu.

Mahkamah kemudian menetapkan pengurusan kes selanjutnya pada 3 September depan.

Dalam prosiding secara dalam talian, Awal Ashaari selaku defendan diwakili peguam, Muna Farhana Zainuddin.

Pada 18 November 2020, Sinar Harian melaporkan, syarikat khidmat pengubah suai dan dekorasi rumah memfailkan saman fitnah sebanyak RM3 juta terhadap pelakon dan juga pengacara televisyen, Ahmad Awaluddin Ashaari atau lebih dikenali sebagai Awal Ashaari.

Saman fitnah itu difailkan Naz Empire Sdn Bhd menerusi Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak selaku plaintif pada 13 November 2020 lalu di Mahkamah Tinggi di sini dengan menamakan Awal Ashaari sebagai defendan pertama dan dua lagi individu iaitu Nawal Yasmin Mat Noh, 33, dan Muhammad Hilmi Zulkifli, 33, masing-masing sebagai defendan kedua serta ketiga.

ARTIKEL BERKAITAN: Awal Ashaari disaman RM3 juta


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!