Tiga kaedah tuntut saman fitnah - Peguam

Laporan Sinar Harian Januari lalu. Nurul Fadzilah
Laporan Sinar Harian Januari lalu. Nurul Fadzilah
A
A
A

SHAH ALAM - Pengamal undang-undang menyatakan terdapat tiga kaedah bagi menuntut hutang saman fitnah yang melebihi tempoh ditetapkan mahkamah iaitu melalui penghutang penghakiman, writ penyitaan dan penjualan serta prosiding Garnishee.

Ia selepas tular hantaran membabitkan balu Allahyarham Abam Bocey atau nama sebenarnya, Syed Umar Syed Mohd Redzuan, Siti Norhidayah Mohd Ali yang menuntut pembayaran saman berkenaan daripada adik iparnya, Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan dikenali sebagai Ali Puteh yang didakwa gagal membayar sehingga kini.

Peguam, Nurul Fadzilah Kamaruluddin berkata, kebiasaannya penghutang perlu membayar dalam tempoh 30 hari, namun ia bergantung kepada perintah hakim atau mengikut permintaan pihak yang menuntut.

"Jika pihak Ali masih gagal atau enggan mematuhi perintah yang dikeluarkan maka perlu merujuk penguatkuasaan kepada penghakiman (Execution).

"Ia kerana Norhidayah sebagai pemiutang penghakiman boleh memohon kepada hakim mengikut terma di dalam Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 jika menepati syarat dan perlu membuat permohonan saman penghutang penghakiman.

"Dengan itu, mahkamah boleh memerintahkan penghutang penghakiman iaitu Ali membayar jumlah penghakiman sama ada secara sekali gus atau ansuran," katanya kepada Sinar Harian.

Pada Selasa lalu, Siti Norhidayah mengingatkan Ali untuk membayar ganti rugi sejumlah RM76,167.28 kerana memfitnahnya di media sosial dua tahun lepas.

Beliau mendakwa pelawak itu masih belum membayar sehingga kini meskipun perbicaraan kes selesai pada 18 Januari 2022.

Artikel Berkaitan:

Tambah Nurul Fadzilah, Ali boleh dikenakan hukuman penjara jika tiada alasan kukuh untuk menangguhkan atau melewatkan pembayaran saman itu.

Tambahnya lagi, Siti Norhidayah juga boleh memohon writ penyitaan dan penjualan iaitu proses yang dijalankan melalui lelongan barang rampasan.

"Hasil lelongan akan disalurkan kepada pemiutang penghakiman (Hidayah)," katanya.

Selain itu, beliau berkata, kaedah prosiding Garnishee juga boleh digunakan yang mana proses itu melibatkan pihak ketiga iaitu bank.

Jelasnya, mahkamah akan memerintahkan bank penghutang penghakiman iaitu Ali untuk melampirkan jumlah dalam akaun Ali untuk membayar hutang berkenaan.

"Melalui prosiding itu, dalam proses pertama, pemiutang penghakiman boleh mendapatkan perintah untuk membekukan akaun bank penghutang penghakiman.

"Pada peringkat kedua, mahkamah akan memerintahkan bank untuk menyerahkan wang dalam akaun kepada pemiutang penghakiman untuk memenuhi penghakiman," katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, bagi pembayaran saman berbentuk aset bergantung kepada nilai barang tersebut.

"Jika nilainya rendah maka tidak boleh. Cara terbaik ialah perlu menjual aset contoh motosikal tetapi perlu beri atau cukupkan sejumlah wang yang diminta pemiutang penghakiman," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN

Ali Puteh gagal rayuan ketepi saman kakak ipar

Ali Puteh diperintah bayar RM60,000 kepada kakak ipar

Ali Puteh mahu buat rayuan di Mahkamah Tinggi

Balu Abam Bocey harap Ali Puteh tak lengah bayar ganti rugi