Kluster Tapak Bina Damanlela 2 penyumbang utama kes di KL

Daripada 1,550 kes baharu di Kuala Lumpur, 630 membabitkan Kluster Tapak Bina Damanlela 2. (Gambar hiasan)
Daripada 1,550 kes baharu di Kuala Lumpur, 630 membabitkan Kluster Tapak Bina Damanlela 2. (Gambar hiasan)
A
A
A

PUTRAJAYA - Kluster Tapak Bina Damanlela 2 menjadi penyumbang utama peningkatan kes positif baharu Covid-19 di Kuala Lumpur pada Selasa.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 1,550 kes baharu di Kuala Lumpur, 630 membabitkan Kluster Tapak Bina Damanlela 2.

"Ini merupakan kali kedua tapak pembinaan itu mencetuskan kluster Covid-19.

"Kluster tempat kerja ini dikenal pasti hasil saringan bersasar melibatkan pekerja sebuah tapak binaan di Jalan Damanlela, Kepong," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Menurutnya, seramai 2,225 pekerja Kluster Tapak Bina Damanlela 2 telah disaring.

Sebelum ini, Kluster Tapak Bina Damanlela mula dikesan pada 7 November 2020 dan diisytiharkan tamat pada 13 Mac 2021.

Dalam tempoh lima bulan kluster itu merebak ke beberapa daerah di Selangor dan Terengganu serta menjangkiti 2,785 individu membabitkan 104 rakyat tempatan dan 2,681 warga asing.

Bagaimanapun tiada kes kematian berkaitan kluster itu dilaporkan.

Artikel Berkaitan:

Kuala Lumpur merekodkan kes baharu tertinggi pada 29 Jun lalu dengan 1,361 kes.