[VIDEO] Hampir 8,000 pelancong asing mohon lawat Phuket

BANGKOK - Hampir 8,000 pelancong asing telah memohon Sijil Kebenaran Masuk (COE) melalui kedutaan dan konsulat Thailand di seluruh dunia, sejak negara ini membuka semula Phuket pada 1 Julai menerusi program 'Phuket Sandbox'.
Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Konsulat, Chatchai Viriiyavejakul berkata, ramai pelancong asing berminat untuk ke Phuket di bawah program itu, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).
Sejak program bermula, sejumlah 7,890 pelancong asing telah mendaftar, setakat ini, 6,119 telah diberikan Sijil Vaksinasi manakala 2,802 lagi menerima COE.
Katanya, bagi mempercepat proses saringan di lapangan terbang kementeriannya telah menempatkan petugas tambahan.
Kerajaan menjangkakan kira-kira 100,000 pelancong asing akan mengunjungi Phuket pada suku ketiga tahun ini dari Julai hingga September, menjana pendapatan sekitar 8.9 bilion baht (AS$277 juta). - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
- Iklan -Hakim Afrika Selatan, Navi Pillay raih Hadiah Nobel Keamanan
10 Oktober 2026 05:47pmGunung berapi Kanlaon di Filipina meletus
10 Oktober 2026 05:03pmPemimpin Parti Lipas ditahan dalam pesawat
10 Oktober 2026 04:45pmGempa kuat gegar Panama
10 Oktober 2026 02:43pmTsunami matahari: Bumi diancam ribut suria akhir minggu ini
10 Oktober 2026 07:15amRemaja Melayu didakwa terlibat ritual pelbagai agama
10 Oktober 2026 05:38pmAzis Jamman nafi kaitan dengan 'Geng Upik', sedia ambil tindakan undang-undang
10 Oktober 2026 09:54am- Iklan -- Iklan -
