Pasang khemah, tunggu durian gugur

Bukan satu halangan kepada Shahruddin untuk tidur di kebun asalkan dia dapat merasai pengalaman mengutip buah di kebun arwah ibunya itu.
Bukan satu halangan kepada Shahruddin untuk tidur di kebun asalkan dia dapat merasai pengalaman mengutip buah di kebun arwah ibunya itu.
A
A
A

TANAH MERAH – Musim durian menjadi rutin kepada bekas pensyarah, Shahruddin Othman bermalam di kebun duriannya untuk menunggu buah gugur.

Profesional dalam bidang elektrik berusia 51 tahun itu setiap tahun akan berada di kebun yang mempunyai 35 pokok durian musang king, 80 pokok durian Tok Litok, D2 (Dato Nina), D24 (Sultan) dan IOI, selain rambutan dan manggis.

Bapa kepada empat cahaya mata berkata, dia akan sentiasa menunggu tibanya musim buah untuk pulang ke kampung.

“Saya tinggal di Kuala Lumpur, masa musim buah saja saya pulang ke sini dan buka khemah dalam kebun ini. Biasanya saya seorang saja tapi tahun ini saya bawa salah seorang anak saya, Muhammad Dzul Adli, 23 tahun.

“Memang ini rutin saya. Dalam masa yang sama, kita boleh hilangkan tekanan. Duduk dalam hutan, bunyi alam semula jadi. Memang kebun ini ada penjaganya, namun saya akan tetap datang juga untuk menikmati sendiri pengalaman menunggu buah terutama durian jatuh,” katanya kepada pemberita di sini pada Isnin.

Shahruddin (kiri) dan Dzul menunjukkan durian musang king di kebunnya di Tanah Merah di sini.
Shahruddin (kiri) dan Dzul menunjukkan durian musang king di kebunnya di Tanah Merah di sini.

Menurutnya, kebun seluas 5.2 ekar berkenaan merupakan milik kedua ibu bapanya namun sejak arwah ibunya meninggal dunia, dia mengambil alih tugas menjaga kebun berkenaan kerana bapanya, Othman Bahari, 76, juga sudah uzur.

Shahruddin berkata, antara pesanan arwah ibunya ialah memberikan buah-buahan yang ditanam tersebut kepada saudara mara apabila tiba musimnya.

Artikel Berkaitan:

“Memang saya sentiasa ingat pesan mak. Saya akan kutip durian dan isikan dalam bekas dan beri kepada saudara mara. Selebihnya saya jual dan hasil jualan akan digunakan untuk menanggung kos penyelenggaraan kebun dan sebagainya.

“Apa yang saya buat ini sebagaimana yang dilakukan bapa saya yang sentiasa memberi makan durian secara percuma kepada mereka yang mahu menikmatinya terutama ahli keluarga.

"Keluarga saya ada di Batu Pahat, Johor, kerana ayah berasal dari sana.

Kemas dan bersih, khemah yang didirikan Shahruddin dan anaknya tahun ini bagi menunggu durian Musang King gugur.
Kemas dan bersih, khemah yang didirikan Shahruddin dan anaknya tahun ini bagi menunggu durian Musang King gugur.

"Walaupun saya menetap di Kuala Lumpur, tetapi kebun ini tetap dijaga rapi oleh beberapa individu yang diupah untuk membaja, meracun dan membersihkan kebun selain memasang pagar elektrik bagi mengelak binatang perosak,” katanya.

Menggunakan lampu solar, khemah khas, kerusi dan pelbagai kemudahan bagaikan berkelah di dalam hutan, ia menjadi satu pengalaman yang cukup bermakna dan meninggalkan satu nostalgia untuk mereka.