PKPD Mentari Court: 127 individu disahkan positif Covid-19

Anggota keselamatan mengawal pintu masuk ke kawasan Mentari Court yang dikenakan PKPD. Gambar kecil: Amirudin
Anggota keselamatan mengawal pintu masuk ke kawasan Mentari Court yang dikenakan PKPD. Gambar kecil: Amirudin
A
A
A

PETALING JAYA - [DIKEMAS KINI] Seramai 127 daripada 1,200 individu di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Mentari Court, di sini yang menjalani ujian saringan Covid-19 disahkan positif wabak berkenaan.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, sekiranya trend jangkitan itu kekal sama, kadar jangkitan wabak berkenaan dijangka boleh mencecah sehingga 400 hingga 500 individu selepas ini.

Beliau berkata, berikutan itu, pihak berkuasa akan melaksanakan Ops Ketuk bagi mengenalpasti 98 penghuni kediaman di kawasan itu yang masih enggan memberi kerjasama untuk proses saringan dan semakan maklumat.

"Hasil semakan dibuat, kita anggarkan seramai 17,000 penduduk di Mentari Court ini secara keseluruhannya dan 9,000 daripadanya sudah disahkan tinggal di sini.

"Lebih 5,000 penduduk telah disaring sebelum ini dan kita jangka seramai 1,500 akan disaring kali kedua," katanya ketika sidang akbar selepas mengadakan lawatan ke kawasan PKPD Mentari Court, pada Isnin.

Hadir sama, Ahli Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Setia, Halimey Abu Bakar dan Pengarah Kesihatan Selangor, Datuk Dr Sha'ari Ngadiman.

Dalam pada itu, Amirudin berkata, beberapa penambahbaikan dilakukan PKPD Mentari Court kali ini termasuk pelaksanaan proses vaksinasi melibatkan penduduk yang negatif.

"Kerajaan negeri melalui Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) menyediakan kemudahan seperti klinik bergerak dan Covid-19 Assesement Center (CAC) di sini.

Artikel Berkaitan:

"Seramai 1,553 orang penduduk di sini dijadualkan menerima vaksin bermula hari ini (Isnin) bagi memastikan penularan dalam komuniti dapat diputuskan.

"Kerajaan negeri menyasarkan kira-kira 8,000 penduduk di sini akan menerima suntikan vaksin dalam minggu ini," katanya.

Tambah beliau, model pelaksanaan PKPD ini juga akan diaplikasikan di Taman Murni, Sepang dan beberapa lokaliti lain khusus kawasan perumpahan atau penempatan penduduk campur.

"Usaha ini merupakan langkah julung kali dilaksanakan sekali gus menggelakkan PKPD sekali lagi," katanya.