18 pekebun durian musang king direman dua hari

Seramai 18 pekebun tiba di pekarangan Mahkamah Majistret Raub kira-kira jam 11 pagi pada Isnin.
Seramai 18 pekebun tiba di pekarangan Mahkamah Majistret Raub kira-kira jam 11 pagi pada Isnin.
A
A
A

RAUB - [DIKEMAS KINI] Mahkamah Majistret Raub pada Isnin membenarkan 18 pekebun durian musang king direman dua hari sehingga Selasa.

Kesemua mereka ditahan pada Ahad selepas melakukan beberapa provokasi terhadap kakitangan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) ketika operasi penguatkuasaan di Hutan Simpan Kekal (HSK) Batu Talam, Raub.

Tahanan terbabit dibawa menaiki trak polis tiba di pekarangan mahkamah kira-kira jam 11 pagi dan suasana agak kecoh dengan provokasi dilemparkan oleh beberapa individu terhadap pihak berkuasa.

Sebelum itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tras, Chow Yu Hui turut ditahan, bagaimanapun dibebaskan selepas ikat jamin.

Hadir sama memberikan sokongan kepada pekebun-pekebun terbabit ialah Ahli Parlimen Raub, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji dan Ahli Jawatankuasa DAP Kebangsaan, Ronnie Liu Tian Khiew.

Sebelum ini tular video yang mendakwa beberapa pekebun menengking penguat kuasa menjalankan operasi memusnahkan tanaman di Hutan Simpan Kerajaan Negeri Pahang di Raub.

ARTIKEL BERKAITAN: Provokasi ketika operasi, 18 pekebun haram durian musang king ditahan

Artikel Berkaitan: