Jerebu: Tujuh kawasan catat IPU tidak sihat

KUALA LUMPUR - Sebanyak tujuh kawasan di Sarawak mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 9 pagi ini, dengan stesen pemantauan di Ibu Pejabat Polis Daerah Serian merekodkan bacaan tertinggi iaitu 172.
Menurut Portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS), enam kawasan lain yang turut mencatatkan bacaan tidak sihat ialah Samarahan dan Kuching iaitu masing-masing 158, Sarikei (157), Sibu (155), Sri Aman (129) dan Mukah (116).
Sementara itu, sebanyak 29 kawasan mencatatkan kualiti udara baik manakala 32 kawasan lagi berada pada tahap sederhana.
Bacaan IPU antara sifar hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat, manakala bacaan melebihi 300 dikategorikan sebagai berbahaya.- Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
