X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 05 Julai 2022

Johor lakukan anjakan strategi urus Covid: Hasni

Hasni Mohammad
A
A

JOHOR BAHRU - Kerajaan negeri Johor sedang melakukan anjakan strategi dalam menguruskan pandemik Covid-19, kata Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad.

Menerusi hantaran di Facebook rasminya, Hasni berkata, ini kerana Johor menyedari bahawa Covid-19 akan menjadi endemik dan 'hidup' dalam masyarakat untuk masa yang agak lama.

Justeru, beliau berkata, satu pemahaman baharu menerusi pemerkasaan protokol kesihatan awam harus dipraktikkan supaya Covid-19 dapat diurus dengan lebih cekap dan efisien.

“Langkah ini termasuk memperbanyakkan akses bagi kit ujian peribadi, menyediakan sejumlah peruntukan untuk mendapatkan lebih banyak bekalan vaksin serta langkah-langkah lain yang munasabah.

“Di bawah anjakan strategi baharu, Johor akan melakukan saringan, kesan dan memberi vaksin dengan lebih baik,” katanya di sini Ahad malam.

Sebelum ini, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menitahkan kerajaan negeri Johor mempercepatkan pelaksanaan inisiatif melawan pandemik Covid-19 yang kini dilihat dalam keadaan kritikal. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!