X

Kindly register in order to view this article
!

‘Mengapa takut jumpa MP UMNO?’

Gambar dari kiri: Ahmad Zahid, Mohamed Nazri
A
A

SHAH ALAM - Seorang ahli Parlimen UMNO mempersoalkan sikap Presiden parti itu, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi seolah-olah ‘takut’ untuk mengadakan pertemuan dengan 38 ahli Parlimen UMNO bagi membincangkan usul menarik sokongan daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN) dalam masa terdekat.

Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, taktik Ahmad Zahid memanipulasi sokongan ahli-ahli MKT bagi menukar ketetapan diputuskan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 tempoh hari tidak akan berhasil kerana PAU adalah badan pembuat keputusan parti tertinggi berbanding MKT.

Jelas beliau, dalam konteks menarik sokongan daripada kerajaan PN, Ahmad Zahid tiada kuasa prerogatif untuk mengarahkan ahli-ahli Parlimen UMNO dan Barisan Nasional (BN) berbuat demikian susulan keputusan pembentukan kerajaan sedia ada terletak pada tangan ahli Parlimen berkenaan serta langsung tidak dibincangkan dalam mesyuarat MKT.

“Jadi, bila hendak tarik sokongan, mengapa dia takut hendak jumpa ahli-ahli Parlimen UMNO dan gunakan MKT untuk overrule keputusan PAU 2020?

“Nampak sangat tindakan terdesak Ahmad Zahid adalah ‘wayang’. Kesnya di mahkamah dalam peringkat pembelaan diri. Sepatutnya dia rehat sementaralah, selesaikan dahulu kes mahkamah,” katanya kepada Sinar Ahad.

Beliau berkata demikian bagi mengulas hasil pertemuan beberapa ahli Parlimen UMNO yang mengadakan pertemuan pada malam Jumaat dan bersetuju mempertahankan resolusi yang diputuskan dalam PAU 2020 pada Mac lalu.

Berdasarkan persetujuan itu, kesemua ahli Parlimen itu akan terus menyokong kerajaan PN sehingga Parlimen dibubarkan.

PAU 2020 antara lain menuntut supaya pilihan raya umum ke-15 (PRU15) diadakan apabila tempoh darurat tamat, sama ada selepas 1 Ogos ini atau tarikh sebelumnya, jika darurat ditamatkan lebih awal.

Terdahulu, media tempatan melaporkan Ahmad Zahid berjaya meyakinkan majoriti daripada 56 ahli MKT UMNO yang merupakan badan eksekutif parti itu bahawa perpisahan daripada PN perlu dilakukan sekiranya kata dua mereka kepada kerajaan PN tidak diendahkan.

Ditanya sama ada ahli Parlimen UMNO yang mengadakan pertemuan malam Jumaat ada menandatangani surat aku janji atau surat akuan bersumpah (SD) bagi memeterai pendirian mereka, Mohamed Nazri menjelaskan beliau tidak tahu mengenainya.

ARTIKEL BERKAITAN: Beberapa ahli Parlimen UMNO adakan pertemuan di Jalan Bellamy

BN tak pernah bincang perakuan bersama tinggalkan PN

MKT UMNO tidak boleh atasi keputusan PAU: Nazri


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!