X

Kindly register in order to view this article
!

Bantu penjaja beli makanan dijual secara pukal

Program Bantuan Penjaja telah membantu perniagaan 50 penjaja di DUN Sikamat.
A
A

SEREMBAN - Pusat Khidmat Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sikamat dengan kerjasama Angkatan Muda Keadilan (AMK) Seremban mengambil inisiatif membeli makanan yang dijual penjaja kecil di DUN itu secara pukal.

Pegawai Pusat Khidmat Rakyat DUN Sikamat, Mohd Amir Adli Mohd Ali berkata, usaha itu dilakukan sebagai salah satu cara membantu perniagaan penjaja kecil yang terjejas sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Menurutnya, sejak program bantuan penjaja itu dilaksanakan bulan lalu, seramai 50 penjaja telah dibantu.

"Kita bantu dengan cara beli secara pukal makanan atau minuman yang mereka jual dengan menyasarkan enam ke lapan gerai setiap hari.

"Kemudian kita akan agihkan kepada penduduk sekitar termasuk polis dan petugas di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Sikamat," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Ujarnya, program itu akan diadakan secara berterusan dengan menyasarkan seramai 60 penjaja kecil di DUN Sikamat.

Selain itu katanya, pihaknya juga turut menghebahkan maklumat gerai penjaja di Facebook Keadilan DUN Sikamat sebagai salah satu usaha membantu mempromosi perniagaan dijalankan mereka.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!