X

Kindly register in order to view this article
!

2,048 peserta rebut kejuaraan SPRM FIFA 21 Challenge

Mohd Azam ketika merasmikan SPRM FIFA 21 Challenge secara atas talian pada Khamis.
A
A

SERAMAI 2,048 peserta bersaing untuk merebut kejuaraan SPRM FIFA 21 Challenge anjuran Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang bermula secara rasminya pada hari ini sehingga 17 Julai depan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Mohd Azam Baki berkata, program tersebut melibatkan peserta daripada 13 negeri dan tiga Wilayah Persekutuan yang akan merebut dua slot bagi setiap negeri ke pusingan akhir.

"Program ini akan dilaksanakan bermula hari ini sehingga 15 Julai bagi proses kelayakan di setiap negeri. Manakala, pada 17 Julai merupakan grand finale di mana sebanyak dua orang pemain akan mewakili negeri untuk bergelar juara.

"Para peserta hanya perlu berada di lokasi masing-masing. Di samping itu, program ini dapat membantu usaha kerajaan bagi memastikan rakyat Malaysia kekal duduk di rumah dalam mengekang penularan wabak Covid-19.

"Saya amat berbesar hati di atas penglibatan peserta yang telah menyertai Program SPRM FIFA 21 Challenge ini. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua dalam menjayakan program ini.

"Adalah diharapkan agar pendekatan secara virtual ini dapat menarik perhatian golongan e-komuniti dalam membanteras aktiviti rasuah dan salah guna kuasa. Rasuah dihina maruah dibina," katanya dalam video ucapan perasmian menerusi atas talian pada Khamis.

Menurutnya, program anjuran bersama SPRM dan Team Haq Esports Club itu bertemakan ‘Youth Against Corruption’ dan dilihat mampu mengurangkan jurang diantara SPRM dan komuniti FIFA 21 terutama dalam golongan belia.

"Tema tersebut bersesuaian untuk mendidik agar mereka menjauhi perbuatan rasuah. Segala keupayaan dan keistimewaan akan terjejas dan tidak akan sempurna kepada negara jika mereka terlibat dalam perbuatan rasuah dan salahguna kuasa. Oleh itu, pendekatan secara virtual ini mampu mendekatkan peserta dan penonton kepada SPRM.

"Dengan peningkatan teknologi terkini, semua outreach program tidak semestinya dibuat secara bersemuka dimana orang ramai perlu berkumpul disuatu tempat. Dengan adanya Open Broadcast System dan media sosial seperti Facebook, ia boleh digabungkan dan dijadikan sebagai salah satu platform untuk mendekati pelbagai lapisan masyarakat dalam usaha mendidik tentang bahayanya rasuah, secara tidak langsung ini merupakan direct approach kepada golongan e-society," katanya.

Mohd Azam berkata, SPRM FIFA 21 Challenge ini juga adalah kesinambungan program antirasuah menerusi platform e-sukan iaitu PUBG Mobile i-Challenge yang telah diadakan sebelum ini.

"Walaupun pada kali ini games yang berbeza, namun usaha yang diambil adalah tetap sama iaitu, memberi pendedahan kepada mereka berkenaan fungsi SPRM, kesalahan rasuah dan salahguna kuasa serta elemen – elemen antirasuah yang akan disuntik dalam bentuk grafik dan video sepanjang tempoh program berlangsung.

"Mesej – mesej antirasuah melalui iklan dan video pendek akan diselitkan untuk tontonan peserta dan penonton melalui live streaming Facebook di SPRM Community dan Team Haq Esports Club. Peserta dan penonton juga diberi peluang untuk membuat cabutan bertuah dan menjawab soalan – soalan kuiz bagi aktiviti berkaitan rasuah," katanya.

Peringkat kelayakan pertama bagi SPRM FIFA 21 Challenge telah bermula hari ini dengan seramai 128 peserta di negeri Perlis akan bersaing untuk memburu dua slot ke pusingan akhir.

Juara bakal membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM5,000, naib juara RM3,000 dan tempat ketiga RM2,000.

Pertandingan ini disiarkan secara langsung menerusi laman Facebook rasmi Team Haq Esports Club dan SPRM Community.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!