Hormati inisiatif rakyat

Gambar Zulkiflie memegang bendera putih tular di media sosial.
Gambar kecil dari kiri: Muhammad Faisal, Vesuanathan Suppiah
Gambar Zulkiflie memegang bendera putih tular di media sosial. Gambar kecil dari kiri: Muhammad Faisal, Vesuanathan Suppiah
A
A
A

SHAH ALAM - Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menggesa semua pihak supaya menghormati inisiatif rakyat dalam melaksanakan kempen kibar bendera putih bagi tujuan membantu golongan yang memerlukan.

Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata, kempen kibar bendera putih berkenaan seharusnya tidak dipolitikkan dengan membawa persepsi buruk bahawa kerajaan gagal kerana tidak mempedulikan nasib rakyat.

Sebaliknya beliau berkata, semua pihak seharusnya menjayakan kempen tersebut dengan mengenalpasti golongan yang terjejas teruk akibat pandemik Covid-19.“Kempen ini hasil inisiatif daripada rakyat sendiri. Namun, ada pihak yang tidak bertanggungjawab cuba mempolitikkannya seolah-olah kempen ini merupakan bukti kegagalan kerajaan hari ini.

“Justeru, semua pihak harus bersikap adil. Maksudnya semua harus menghormati inisiatif yang dilakukan rakyat, bukannya dijadikan sebagai senjata politik semata-mata,” katannya ketika dihubungi Sinar Harian.

Mengulas lanjut, Muhammad Faisal berkata, sekiranya tindakan tersebut tidak ditangani segera, ia dikhuatiri akan menjejaskan matlamat asal kempen kibar bendera putih.

“Kempen ini sepatutnya menyedarkan pihak politik bahawa rakyat sekarang dalam situasi genting. Jadi, mereka harus didekati dan perlu dilihat secara bersemuka,” katanya.

Mengulas isu sama, Naib Presiden Malaysia Hindu Dharma Maamandram, Vesuanathan Suppiah meluahkan raya kesal dengan pihak yang cuba mengambil kesempatan dengan kempen kibar bendera putih yang dilaksanakan ketika ini.

“Kita sepatutnya terima inisiatif kempen bendera putih ini sebagai satu perkara yang positif. Walaupun cadangan ini datang daripada rakyat ataupun sebaliknya, itu tak kisah, yang penting ialah hidup rakyat terjamin.

Artikel Berkaitan:

“Walaupun ada pihak yang mendakwa ia boleh menjejaskan imej negara seperti mengalah, tetapi kita tiada pilihan lain untuk bantu keluarga yang susah. Justeru, kita perlu ketepikan hal politik buat sementara waktu,” ujarnya.