6,276 kes Covid-19 dicatatkan hari ini

Kes baharu positif Covid-19 di negara ini dalam tempoh 24 jam lalu menurun kepada 6,276 kes berbanding 6,437 kes pada Selasa. Gambar hiasan
Kes baharu positif Covid-19 di negara ini dalam tempoh 24 jam lalu menurun kepada 6,276 kes berbanding 6,437 kes pada Selasa. Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Sebanyak 6,276 kes baharu Covid-19 direkodkan di dalam negara pada Rabu menjadikan jumlah kumulatif kes ialah 751,979, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Menerusi perkongsian dalam Twitter, beliau memaklumkan, Selangor kekal mencatatkan kes harian tertinggi dengan 2,836 kes, diikuti Negeri Sembilan (644); Kuala Lumpur (625); Sarawak (376); Johor (299); Sabah (242); Kedah (226); dan Melaka (223).

Selain itu, Pahang mencatatkan 210 kes diikuti Kelantan (159); Perak (137); Labuan (132); Pulau Pinang (131); Terengganu (20); Putrajaya (11); serta lima kes di Perlis. Sementara itu, Dr Noor Hisham dalam kenyataannya memaklumkan daripada 6,276 kes baharu, 16 adalah kes import dan 6,260 kes melibatkan penularan dalam negara.

Beliau berkata, sebanyak 4,929 kes sembuh dicatatkan pada Rabu menjadikan jumlah kumulatifnya 682,680 kes.

“Kes aktif kini mencatatkan 64,129, manakala jumlah pesakit Covid-19 yang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) seramai 905 orang termasuk 452 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.

Dr Noor Hisham turut memaklumkan, 62 lagi kematian akibat Covid-19 dilaporkan melibatkan 59 warganegara dan tiga warga asing berumur lingkungan 32 hingga 104 tahun dengan majoritinya menghidap penyakit kronik menjadikan angka keseluruhan korban akibat wabak itu kini 5,170 orang.

Dalam pada itu, sebanyak 23 kluster baharu dikesan pada Rabu dengan 13 daripadanya membabitkan penularan di tempat kerja, lapar kluster melibatkan komuniti dan masing-masing satu kluster melibatkan kumpulan berisiko tinggi dan pendidikan lain.

Kluster baharu tempat kerja yang direkodkan ialah empat di Selangor iaitu Industri Jalan Ikan Duyung, Industri Subang Utama Enam, Jalan PPS Satu dan Industri Jalan Masjid Batu Sembilan.

Artikel Berkaitan:

Turut melibatkan empat kluster tempat kerja di Johor ialah Perindustrian Murni Empat, Jalan Penaga Industri, Batu 23 Choh dan Perindustrian Rami Satu, manakala tiga kluster lagi di Kuala Lumpur iaitu Perindustrian 33, Pasar TTDI dan Jalan Prima Impian.

Selain itu, kluster tempat kerja turut direkodkan di Jalan Thean Teik (Pulau Pinang) dan Industri Bidor (Perak). Kluster komuniti pula ialah Kampung Pangkal Jetas (Kelantan);Jalan 14/44 Padang Tembak (Kelantan); Kampung Nibong Lemal (Kelantan); Parit Keroma (Johor); Limbawang (Sabah); Tema Saan (Sarawak); Po Ai (Sarawak) dan Blimbing (Sarawak).

Lain-lain kluster ialah kluster kumpulan berisiko tinggi Jalan Emas Putih (Selangor) dan kluster pendidikan lain Meranti Indah (Pahang). - Bernama