CBP tawar pembiayaan persendirian kepada pegawai ATM

Ibu Pejabat CBP - Foto FB CBP
Ibu Pejabat CBP - Foto FB CBP
A
A
A

KUALA LUMPUR - Co-opbank Pertama (CBP) menawarkan pembiayaan persendirian khusus kepada pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bermula pada 4 Julai 2021.

CBP dalam satu kenyataan berkata, tawaran pembiayaan persendirian itu dibuat bagi meluaskan lagi profil pelanggan CBP terutama dari ATM yang terdiri daripada Tentera Darat Diraja Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TLDM).

"Selain itu, penawaran produk ini juga memberi peluang kepada warga-warga ATM yang layak untuk menikmati pelbagai produk patuh syariah yang ditawarkan oleh pihak CBP pada kadar keuntungan semasa yang kompetatif dan mampu biaya tertakluk kepada terma dan syarat," kata kenyataan itu pada Selasa.

Syarat-syarat tambahan ialah bayaran balik melalui Biro Perkhidmatan Angkasa (BPA), gaji minimum RM3,000 dan ke atas, pengesahan jawatan melalui Unit Gaji Angkatan Tentera (UGAT) dan dari kalangan pangkat pegawai dan ke atas.

"Warga ATM yang berminat boleh menghubungi mana-mana cawangan CBP terdekat atau melayari laman media sosial CBP untuk informasi lanjut," kata kenyataan itu lagi.

Selain pembiayaan peribadi, CBP juga menawarkan pelbagai produk kewangan patuh Syariah yang meliputi pembiayaan, simpanan, Ar-Rahnu, Takaful dan Wasiat.

CBP juga kini sedang mengadakan kempen pembiayaan peribadi-I #M4M kepada kakitangan sektor awam yang menawarkan sebuah pangsapuri kepada seorang pelanggan yang bertuah.

Artikel Berkaitan: