X

Kindly register in order to view this article
!

Ingkar SOP satu perbuatan mungkar

Zamri Hahsim
A
A

IPOH - Sikap tidak patuh terhadap prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang penularan Covid-19 boleh diibaratkan sebagai satu perbuatan kemungkaran.

Timbalan Mufti Perak, Datuk Zamri Hashim berkata, ini kerana kesan kemungkaran itu boleh mendedahkan kepada jangkitan dan mendatangkan bahaya diri sendiri serta orang lain.

Menurut beliau, perbuatan kemungkaran yang berterusan juga memberi kesan dalam melambatkan lagi proses pemulihan dan penyelesaian.

"Ketidakpatuhan kepada SOP ini boleh diibaratkan sebagai satu bentuk kemungkaran kerana ia telah melanggar arahan pemerintah yang tidak bertentangan dengan al-Quran dan bertujuan untuk menyelamatkan nyawa.

"Jadi patuhilah SOP, tinggalkan segala maksiat dan kemungkaran dan jangan lupa doa banyak-banyak kepada ALLAH.

"Kalau kita dah jaga SOP tetapi masih dijangkiti (Covid-19), itu adalah salah satu bentuk ujian yang ALLAH berikan kepada kita, berubat dan bersabarlah, nescaya mendapat ganjaran, " katanya.

Seminar Kelestarian Integriti bertemakan 'Pematuhan SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP): Berintegritikah Kita?' yang disiarkan secara langsung menerusi Facebook Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri di sini pada Selasa.
Seminar Kelestarian Integriti bertemakan 'Pematuhan SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP): Berintegritikah Kita?' yang disiarkan secara langsung menerusi Facebook Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri di sini pada Selasa.

Beliau berkata demikian ketika menjadi panel dalam Seminar Kelestarian Integriti bertemakan 'Pematuhan SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP): Berintegritikah Kita?' yang disiarkan secara langsung menerusi Facebook Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri di sini pada Selasa.

Seminar yang dikendalikan Pegawai Daerah Hulu Perak, Meor Shahibul Fadilah Zainuddin selaku moderator itu turut dibarisi panel Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid; Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Perak, Khairul Ridzuan Mat Said dan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Jabatan Kesihatan Negeri Perak, Dr Mohd Zamri Md Ali.

Mengulas lanjut, Zamri berkata, kelompongan nilai integriti dalam melaksanakan pematuhan SOP hanya menjadikan usaha dilakukan kerajaan ketika ini seperti sia-sia.

Katanya, menerusi laporan-laporan media, digambarkan betapa kroniknya isu integriti yang melibatkan pelanggaran SOP hinggakan ada pengusaha kilang yang beroperasi dalam keadaan curi-curi, individu berpengaruh berpesta durian dan tidak terkecuali jemaah melanggar SOP dengan solat berjemaah di masjid dan surau.

"Dalam Islam intepretasi integriti itu adalah lebih halus dan seni berbanding kefahaman biasa kita sebab kesannya bukan hanya di dunia, ia melibatkan dosa dan pahala yang akhirnya nanti menentukan kita sama ada syurga atau neraka.

"Dalam hal ini, sepatutnya orang Islam lebih berintegriti daripada orang lain kerana tiada penguatkuasa pun, kita kena ingat ada malaikat Raqib dan Atid yang mencatit setiap dosa dan pahala, jadikanlah PKP ini peluang kita untuk Pulang Kepada Pencipta," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!