Langgar SOP: 55 dikompaun, 34 diberi notis tutup operasi

Pemantauan SOP oleh MPS dengan kerjasama pasukan polis di kawasan unit strata baru-baru ini.
Pemantauan SOP oleh MPS dengan kerjasama pasukan polis di kawasan unit strata baru-baru ini.
A
A
A

SELAYANG - Sebanyak 55 kompaun dan 34 premis diarah tutup oleh Majlis Perbandaran Selayang (MPS) di bawah pemantauan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 sejak 1 Jun lalu.

Pemangku Yang Dipertua MPS, Cheremi Tarman berkata, sehingga 25 Jun lalu, sebanyak 1,289 premis dan 779 penjaja telah dilawati termasuk di pasar awam, kawasan perindustrian, bengkel kenderaan serta tempat awam.

Menurutnya, pemantauan juga dilakukan di premis perniagaan, penjaja dan badan pengurusan bersama (JMB) di seluruh pentadbiran perbandaran Selayang.

“Sepanjang tempoh itu, sebanyak 62 notis telah dikeluarkan melibatkan 55 kompaun dan 34 premis telah diarahkan untuk ditutup.

“Selain itu, sebanyak 219 amaran lisan diberikan kepada peniaga untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) PKP yang ditetapkan,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Katanya, MPS akan meneruskan pemantauan dan tindakan penguatkuasaan bagi memastikan rantaian pandemik Covid-19 ini dapat diputuskan.

“Saya berharap kita semua dapat menyokong usaha dan langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaan dengan mematuhi arahan yang telah ditetapkan,” katanya.

Artikel Berkaitan: