Messi pacu kemaraan fantastik Argentina

Aksi bertenaga Messi ketika mengemudi Argentina mengalahkan Bolivia pada saingan Copa America 2021 di Cuiaba.
Aksi bertenaga Messi ketika mengemudi Argentina mengalahkan Bolivia pada saingan Copa America 2021 di Cuiaba.
A
A
A

KAPTEN Argentina, Lionel Messi memacu La Albiceleste ke pusingan lapan terbaik Copa America 2021 dalam kelas tersendiri apabila membelasah Bolivia 4-1 dalam aksi terakhir peringkat kumpulan pada Selasa.

Tiga mata dalam aksi Kumpulan A di Arena Pantanal, Cuiaba itu juga lebih manis apabila menyaksikan bintang sensasi kelab liga Sepanyol, Barcelona FC itu meledak dua gol di babak pertama pada minit ke-32' dan minit ke-41' untuk penampilan ke 148 bersama Argentina.

Alejandro Gómez sebelum itu meletakkan skuad kendalian Lionel Scaloni di depan seawal minit kelima perlawanan diikuti jaringan bintang sensasi muda berusia 23 tahun kelab liga Inter Milan, Lautaro Martínez pada minit ke-64'.

Bolivia dibimbing Cesar Farias yang tampil lebih bertenaga pada babak kedua berjaya mengurangkan defesit gol hasil sentuhan pemain tengah berusia 25 tahun yang menyarung jersi kelab liga Bolivar, Club Bolivar, Erwin Saavedra pada minit ke-60'.

Kemenangan paling besar anak buah Scolani dalam kempen kejuaraan berprestij bola sepak benua Amerika Selatan itu menyaksikan Argentina yang bermula gear satu dalam perlawanan pertama mengakhiri cabaran kumpulan dengan status juara kumpulan sekaligus lolos ke peringkat lapan terbaik.Copa America 2021

Pusingan Lapan Terbaik

SABTU

Peru lwn Paraguay

Artikel Berkaitan:

(Estadio Olimpico Pedro Ludovico Teixeira, Goiânia, 5 pagi)

Brazil lwn Chile

(Estadio Olimpico Nilton Santos, Rio de Janeiro, 8 pagi)AHAD

Uruguay lwn Colombia

(Estadio Nacional de Brasília Mané Garrincha, Brasília, 6 pagi)

Argentina lwn Ecuador

(Estadio Olimpico Pedro Ludovico Teixeira, Goiânia, 9 pagi)