X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 23 Mei 2022

Budak 12 tahun dibelasah rakan gara-gara cemburu

Kejadian tersebut tular di laman sosial.
A
A

PETALING JAYA - Gara-gara cemburu, seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun cedera dipukul rakannya dalam kejadian di kawasan perumahan di Kelana Jaya, di sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian kira-kira jam 9.26 malam.

"Mangsa mendakwa dipukul oleh rakan sekolahnya berumur lingkungan 12 hingga 13 tahun kerana cemburu hubungan mangsa dengan abang angkat rakannya itu.

"Mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala dan badan akibat kejadian tersebut," katanya menerusi kenyataan pada Isnin.

Katanya, hasil siasatan mendapati kejadian berlaku di tangga di kawasan perumahan di Kelana Jaya.

"Semasa kejadian, terdapat rakan suspek yang merakam perbuatan tersebut dan menularkannya dalam grup aplikasi WhatsApp dan laman Instagram milik suspek.

"Arahan untuk menjalankan siasatan telah diperoleh daripada Timbalan Pendakwa Raya dan kesemua suspek yang terlibat telah dikenal pasti untuk siasatan lanjut," katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!