Tukang kasut terjejas, buntu cari rezeki

Azahari mampu meraih pendapatan sekurang-kurangnya RM50 sehari sebelum pandemik Covid-19.
Azahari mampu meraih pendapatan sekurang-kurangnya RM50 sehari sebelum pandemik Covid-19.
A
A
A

RAUB - Tukang kasut kini berdepan kepayahan mencari rezeki sepanjang tempoh penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 kerana mereka tidak dibenarkan menawarkan perkhidmatan kepada orang ramai.

Azahari Zainudin, 50, dari Kampung Gali Hilir, kehilangan pendapatan sepenuhnya apabila PKP 3.0 dilaksanakan.

Dia yang sebelum ini sanggup berbasikal sejauh 10 kilometer dari rumahnya ke bandar Raub kini buntu memikirkan nasibnya yang tidak mampu mencari rezeki.

Menurutnya, sebelum ini setiap hari kecuali Ahad, dia akan menawarkan perkhidmatan itu berdekatan sebuah klinik di bandar tersebut.

Azahari berbasikal ke bandar Raub mencari rezeki dengan menawarkan khidmat membaiki kasut kepada orang ramai.
Azahari berbasikal ke bandar Raub mencari rezeki dengan menawarkan khidmat membaiki kasut kepada orang ramai.

"Memang saya sangat berharap dapat mencari rezeki membaiki kasut kembali walaupun terpaksa berbasikal ke bandar kerana ia menjadi sumber pendapatan sejak menjadi tukang kasut sembilan tahun lalu," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Bagaimanapun bapa kepada dua anak itu memberitahu, dia ada menerima bantuan tetapi mahu kembali mencari rezeki kerana mampu meraih hingga RM50 sehari sebelum ini.

Azahari mendakwa sepanjang negara mengalami pandemik Covid-19, pendapatan hariannya terjejas hingga pernah sekadar meraih RM10 sahaja sehari.

Artikel Berkaitan:

"Saya berharap pandemik ini cepat pulih dan kami boleh kembali mencari rezeki halal," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Usahawan mikro berisiko bankrap