KDNK China 2021 diunjur catat 8.3 peratus

Foto 123RF
Foto 123RF
A
A
A

BEIJING - Agensi penarafan antarabangsa, S&P Global Ratings (S&P) mengunjurkan prestasi ekonomi China bagi tahun 2021 mantap dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat sebanyak 8.3 peratus berikutan usaha mengawal penularan pandemik Covid-19 yang pantas dan program pemvaksinan yang cepat dan lancar.

S&P juga mengesahkan penarafan kredit China pada A+/A-1 dengan prospek 'stabil' di samping menyatakan China berkemungkinan mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang kadarnya lebih tinggi daripada tahap purata entiti ekonomi berpendapatan sederhana dalam beberapa tahun akan datang.

Menurut maklumat S&P dalam laman webnya, China dan beberapa entiti ekonomi yang agak maju di Asia menunjukkan trend pemulihan ekonomi yang ketara.

Pemulihan akan diwujudkan secara menyeluruh pada tahun ini dalam bidang peruncitan dan telekomunikasi, manakala memerlukan masa yang agak panjang bagi sektor penerbangan.

Data rasmi menunjukkan, KDNK China bagi suku pertama tahun ini merekodkan pertumbuhan sebanyak 18.3 peratus dan 2.3 peratus bagi tempoh sepanjang tahun lepas.

Keadaan ini turut menjadikan China sebagai entiti ekonomi utama pertama yang ekonominya menyaksikan pertumbuhan positif. -Bernama

Artikel Berkaitan: