Kerajaan digesa tangani kes bunuh diri: PUM

Gambar hiasan. Persatuan Ulama Malaysia (PUM) menggesa pihak kerajaan supaya bertindak segera dalam usaha membantu rakyat menangani tekanan mental.
Gambar hiasan. Persatuan Ulama Malaysia (PUM) menggesa pihak kerajaan supaya bertindak segera dalam usaha membantu rakyat menangani tekanan mental.
A
A
A

SHAH ALAM - Persatuan Ulama Malaysia (PUM) menggesa kerajaan bertindak segera usaha membantu menangani tekanan mental rakyat ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengelakkan kejadian bunuh diri seperti yang kerap tular di media sosial.

Yang Dipertua PUM, Al-Syeikh Abdul Halim Abdul Kadir bekata, pelbagai faktor menyebabkan individu itu bertindak membunuh diri untuk keluar daripada masalah mereka.

Beliau turut mencadangkan kerajaan mewujudkan kerjasama dengan pelbagai agensi selain menguar-uarkan di media platform sesuai untuk mereka membuat aduan.

“Kementerian berkenaan perlu menggerakkan skuad prihatin rakyat atau skuad penyayang bagi memberikan nasihat kepada yang memerlukan sebagai langkah pencegahan dan pemulihan serta pemberian skim bantuan yang sewajarnya.

“Mempercepatkan vaksinasi kepada golongan agamawan seperti imam dan ahli jawatankuasa (AJK) masjid supaya dapat dibuka segera kepada orang awam. Ia sebagai usaha bagi mengawal gejala kebimbangan dan kemurungan yang berlaku dalam masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Pada masa sama, PUM turut menawarkan bantuan kepada kerajaan dalam usaha membantu mengurangkan beban tekanan yang dihadapi oleh masyarakat Malaysia ketika ini dan berharap tindakan segera dapat diambil.


Mereka yang memerlukan sokongan boleh menghubungi befrienders.org.my/centre-in-malaysia atau hubungi talian hotline Befrienders (03-7627 2929); Perkhidmatan Kesihatan Mental dan Sokongan Psikososial (03-2935 9935 atau 014-322 3392); Talian Kasih (15999) dan Persatuan Kesihatan Mental Malaysia (03-77825499)

Artikel Berkaitan: