X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 28 November 2021

Jaringan pemain gantian pacu Itali ke suku akhir

Pemain Itali meraikan kemenangan ke atas Austria pada aksi kalah mati Euro 2020 di Wembley pada Ahad. - Foto AP
A
A

JARINGAN dua pemain gantian Federico Chiesa dan Matteo Pessina pada masa tambahan berjaya mengesahkan kemaraan Itali mara ke saingan suku akhir Euro 2020 apabila menewaskan Austria 2-1 pada masa tambahan di Stadium Wembley pada Ahad.

Biarpun Austria berjaya merapatkan jurang gol pada minit ke-114, juga menerusi pemain gantian, Sasa Kalajdzic, namun ia gagal untuk menyekat kemaraan skuad The Azzurri itu ke pentas suku akhir pada edisi Euro kali ini.

Aksi kalah mati pada Ahad menyaksikan kedua-dua pasukan mempamerkan aksi pantas dengan mengasak ke pintul gol lawan masing-masing dalam usaha membuka jaringan, bagaimanapun kesemua asakan berkenaan dilihat gagal menepati sasaran selain berjaya dikekang benteng pertahanan lawan masing-masing hingga tamat babak pertama.

Pengendali Itali, Roberto Mancini setelah menyaksikan kesebelasan The Azzurri mara ke suku akhir Euro 2020, setelah menewaskan Austria 2-1 pada Ahad. - Foto AP
Pengendali Itali, Roberto Mancini setelah menyaksikan kesebelasan The Azzurri mara ke suku akhir Euro 2020, setelah menewaskan Austria 2-1 pada Ahad. - Foto AP

Babak kedua menyaksikan Austria berjaya memecah kebuntuan jaringan menerusi tandukan penyerang, Marko Arnautovic pada minit ke-65, namun jaringan penyerang berusia 32 tahun itu dibatalkan kerana ofsaid.

Kedua-dua pasukan dilihat terus buntu untuk mencipta jaringan sehingga tamat masa sebenar perlawanan dan menyaksikan perlawanan diheret ke masa tambahan.

Itali akhirnya membuka jaringan menerusi pemain gantian Federico Chiesa pada minit ke-95 apabila memanfaatkan lorongan rakan sepasukan, Leonardo Spinazzola sebelum merembat deras menewaskan penjaga gol Austria, Daniel Bachmann.

Gol itu dilihat semakin menyemarakkan semangat kesebelasan Itali untuk terus mengasak ke gawang Austria dan hasilnya seorang lagi pemain gantian, Matteo Pessina menjaringkan gol kedua pada minit ke-105.

Pemain Itali, Jorginho meraikan kejayaan pasukannya mara ke suku akhir Euro 2020 setelah menewaskan Austria 2-1 pada Ahad. - Foto AP
Pemain Itali, Jorginho meraikan kejayaan pasukannya mara ke suku akhir Euro 2020 setelah menewaskan Austria 2-1 pada Ahad. - Foto AP

Ketinggalan dua gol tidak melemahkan semangat Austria untuk terus mengasak ke gawang Itali dan skuad The Team itu hampir menjaringkan gol pertama menerusi rembatan cantik pemain gantian Louis Schaub dari luar kotak penalti pada minit ke-106, namun berjaya diselamatkan penjaga gol Itali, Gianluigi Donnarumma.

Asakan Austria bagaimanapun berjaya membuahkan hasil apabila pemain gantian Sasa Kaladzic menjaringkan gol pada minit ke-114 bagi merapatkan jurang gol pada minit ke-114.

Jaringan berkenaan dilihat semakin menyemarakkan semangat kesebelasan Austria untuk memburu gol penyamaan namun benteng Itali dilihat terus kental bertahan hingga ke wisel penamat.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!