MAIS bantu golongan terjejas Covid-19

Bakul makanan yang diedarkan di daerah Petaling dan Hulu Langat pada Sabtu.
Bakul makanan yang diedarkan di daerah Petaling dan Hulu Langat pada Sabtu.
A
A
A

SHAH ALAM - Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui peruntukan fidyah mengagihkan 309 set bakul makanan berjumlah RM30,900 kepada golongan terjejas Covid-19 di daerah Petaling dan Hulu Langat pada Sabtu.

MAIS menerusi satu kenyataan berkata, setiap set bernilai RM100 itu mengandungi beras, minyak, gula dan makanan kering lain.

Menurut kenyataan itu, mereka yang dibantu termasuk golongan B40 selain mereka yang dibuang kerja, dicutikan oleh majikan atau hilang punca pendapatan.

"Antara penerima agihan fidyah ini ialah Madarasah Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Ukhuwah, SRI Nurul Hidayah, Akademik Tahfiz Al-Quran As-Sakinah, Madrasah Tahfiz Darul Ma'wa, Surau An-Nur, Ampang dan Surau Darul Mahabbah, Bandar Baru Bangi," menurut kenyataan itu pada Sabtu.

Turut hadir menyampaikan sumbangan itu ialah Pengarah Pembangunan Sosial MAIS, Suhaimi Ismail dan Ketua Bahagian Pendaftaran Muallaf dan Pertubuhan-Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (PIBK), Hafizatul Akmal Abd Jalil.

Menurut kenyataan itu, umat Islam di Selangor yang ingin melaksanakan bayaran fidyah secara dalam talian talian boleh melayari www.mais.gov.my.

MAIS turut mengucapkan terima kasih di atas bayaran fidyah yang telah dilaksanakan oleh masyarakat Islam di Selangor.

Artikel Berkaitan: