Orkid bernilai RM150,300 dirampas

Antara kotak yang dipercayai mengandungi pokok orkid yang ditahan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) pada Jumaat.
Antara kotak yang dipercayai mengandungi pokok orkid yang ditahan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) pada Jumaat.
A
A
A

SEPANG - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) merampas sejumlah 2,636 pokok orkid bernilai RM150,300 dari Taiwan di Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Jumaat.

Pengarah Maqis Selangor, Zamri Hashim berkata, pokok orkid berkenaan ditahan menerusi pemeriksaan yang dijalankan kira-kira jam 5.30 petang.

"Hasil pemeriksaan yang dijalankan pegawai penguatkuasa Maqis mendapati pokok orkid seberat 516 kilogram itu tidak mematuhi syarat Import MAQIS iaitu tidak menyatakan nombor permit pada sijil fitosanitasi seperti yang dinyatakan permit, lesen dan perakuan.

"Barang dagangan tersebut dipercayai dibawa masuk untuk dijual di pasaran Malaysia," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

Katanya, kesemua pokok orkid tersebut telah dirampas untuk tindakan lanjut.

Antara kotak yang dipercayai mengandungi pokok orkid yang ditahan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) pada Jumaat.
Antara kotak yang dipercayai mengandungi pokok orkid yang ditahan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) pada Jumaat.

"Kes disiasat dibawah Seksyen 15(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728).

"Syarikat terbabit boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 15(2), Akta sama yang jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali," katanya.

Artikel Berkaitan:

Menurut beliau, pihaknya akan terus memperketatkan kawalan sempadan negara.

"Maqis tidak akan berkompromi ke atas biosekuriti barangan yang dibawa masuk dari luar negara bagi memastikan komoditi pertanian mematuhi syarat serta peraturan ditetapkan," katanya.