Sayu hati urus pengebumian jenazah beberapa ahli keluarga yang sama

Tidak lebih lima orang dibenarkan ketika proses pengebumian jenazah berstatus Covid-19.
Tidak lebih lima orang dibenarkan ketika proses pengebumian jenazah berstatus Covid-19.
A
A
A

SUBANG JAYA - Gelombang pandemik Covid-19 yang mula melanda negara lebih setahun lalu ternyata mengubah 360 darjah cara manusia menjalani norma kehidupan termasuklah urusan pengebumian jenazah.

Menurut Penolong Pegawai Tadbir merangkap penyelia kubur Tanah Perkuburan Islam USJ 22, Mohd Amizi Aminuddin, 41, terdapat perbezaan dan cabaran tersendiri dalam melaksanakan urusan pengebumian jenazah ketika tempoh pandemik ini.

“Daripada segi prosedur pengurusan jenazah sebelum ini kita tidak mengehadkan bilangan waris yang boleh membantu menguruskan pengebumian jenazah, namun disebabkan Covid-19 kita harus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN),” kata Mohd Amizi.

Mohd Amizi Aminuddin
Mohd Amizi Aminuddin

Bertanggungjawab terhadap hal ehwal pengurusan, pentadbiran dan dokumentasi, Mohd Amizi turut berkata, bagi pengebumian jenazah berstatus Covid-19, tidak lebih lima orang dibenarkan ketika proses pengebumian.

“Selain itu, harus ada penjarakan sosial dan semua urusan pengebumian mesti dikawal selia Pusat Kesihatan Daerah (PKD).

“Pihak kubur membantu dalam penyediaan liang lahad manakala semua urusan untuk pengebumian jenazah berstatus Covid-19 adalah di bawah kuasa PKD,” katanya yang berpengalaman selama lima tahun sebagai penyelia kubur.

Artikel Berkaitan:

Ujarnya lagi, walaupun sudah lali dengan pelbagai pengalaman menguruskan jenazah namun kematian disebabkan Covid-19 adakala meruntun hati terutamanya kematian yang melibatkan beberapa ahli keluarga yang sama.

Hanya lima orang petugas yang dibenarkan mengendalikan urusan pengebumian mayat jenazah Covid-19.
Hanya lima orang petugas yang dibenarkan mengendalikan urusan pengebumian mayat jenazah Covid-19.

“Ada kes pengebumian melibatkan beberapa ahli keluarga daripada keluarga yang sama dan itu memang menyedihkan. Ada yang meninggal dalam jarak beberapa minggu dan ada yang dalam tempoh beberapa hari sahaja.

“Memang ahli keluarga bersedih tetapi kebanyakannya sudah bersedia dengan situasi tersebut kerana telah dimaklumkan lebih awal oleh pihak hospital bahawa jenazah Covid-19 tidak boleh diuruskan secara biasa.

“Namun kita faham keadaan waris, bayangkan kalau ia berlaku kepada ahli keluarga kita sendiri. Jadi kita tenangkan mereka dan beri kata-kata semangat,” katanya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN ‘Rumah’ terakhir 63 jenazah Covid-19

Pengorbanan frontliners liang lahad