Econsave sumbang peralatan perubatan kepada HTAR

Dr Adham (tengah) mewakili KKM dan HTAR menerima sumbangan peralatan perubatan daripada Econsave.
Dr Adham (tengah) mewakili KKM dan HTAR menerima sumbangan peralatan perubatan daripada Econsave.
A
A
A

KLANG – Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba menerima peralatan perubatan yang disumbangkan oleh Econsave Cash & Carry Sdn Bhd dengan nilai keseluruhan sumbangan berjumlah hampir RM180 000.00.

Sumbangan tersebut diserahkan di Auditorium Permata, Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang, pada 23 Jun lalu.

Hadir sama dalam sesi penyerahan sumbangan berkenaan adalah Ketua Setiausaha KKM, Datuk Mohd Shafiq Abdullah; Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) KKM, Datuk Dr. Norhizan Ismail; Pengarah Kesihatan Negeri Selangor, Datuk Indera Dr Sha’ari Ngadiman dan Pengarah Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Dr Zulkarnain Mohd Rawi.

Peralatan perubatan yang disumbangkan merangkumi satu unit Mindray Ventilator, dua unit F&P PTUK AIR02 Humidifier With Integrated Flow Generator, 10 unit Fresenius Kabi Agila SP MC Advanced Syringe Infusion Pumps, 20 unit meja makan pesakit dan 20,000 unit pelitup muka.

Peralatan perubatan tersebut adalah untuk kegunaan di HTAR.

Artikel Berkaitan:

 Sak Coon (kanan) menunjukkan kepada Dr Adham (kiri) salah satu peralatan perubatan yang disumbangkan oleh Econsave untuk HTAR
Sak Coon (kanan) menunjukkan kepada Dr Adham (kiri) salah satu peralatan perubatan yang disumbangkan oleh Econsave untuk HTAR

Pengarah Eksekutif Econsave Cash & Carry Sdn. Bhd, Lai Sak Coon berkata, sumbangan peralatan perubatan kepada HTAR adalah sebagai salah satu tanggungjawab social korporat (CSR) syarikat itu dalam membantu negara mendepani ancaman wabak COVID-19.

Jelasnya, Econsave telah banyak menjalankan aktiviti bantuan, lebih-lebih lagi ketika negara dilanda pandemik ini.

“Setakat ini, syarikat ini telah menyalurkan sumbangan barangan makanan dan sayur-sayuran kepada lebih 25,000 keluarga khususnya golongan B40,” katanya.

Sementara itu, Dr Adham turut menzahirkan penghargaan kepada pihak Econsave Cash & Carry Sdn. Bhd di atas sumbangan berkenaan yang dapat dimanfaatkan bagi perawatan pesakit COVID-19.