Jangan swasta, keluarkan LTSAAS dari Malaysia Airports

Gambar kecil: Zambry Abd Kadir
Gambar kecil: Zambry Abd Kadir
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan digesa untuk membatalkan hasrat menswastakan dan mengeluarkan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) bagi tujuan pengambilalihan oleh pihak tertentu.

Pengerusi Malaysia Airports, Datuk Seri Zambry Abd Kadir berkata, pelan Regenerasi LTSAAS yang dikemukakan adalah merupakan sebahagian daripada kerangka besar perancangan masa depan kerajaan ke arah industri penerbangan dan aeroangkasa negara.

Jelasnya, ia adalah di bawah Pelan Strategik Lapangan Terbang Kebangsaan (PSLTK) dan Pelan Induk Industri Aeroangkasa Kebangsaan 2030.

“Ini merupakan kenyataan saya kali ketiga yang membantah langkah penjualan LTSAAS. Justeru, tidak timbul perkara yang dimainkan oleh kalangan tertentu bahawa saya tidak pernah bersama dalam usaha menyelamatkan LTSAAS dan kedudukan syarikat secara keseluruhan.

“Saya menghormati pendirian Kesatuan Pekerja-Pekerja Malaysia Airports Semenanjung (Kesma), Kepemab (Sabah dan Labuan) serta Kepmas (Sarawak) kerana mereka mewakili suara warga Malaysia Airports.

“Saya masih menaruh harapan agar kerajaan mendengar pandangan rakyat dan rintihan warga Malaysia Airports agar LTSAAS tidak dijual. LTSAAS adalah aset strategik negara yang perlu dipertahankan,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Pada 25 Jun, Kesma mendakwa Malaysia akan kerugian sebanyak RM11.9 bilion sekiranya Lapangan Terbang Subang berjaya diambil alih oleh WCT Holdings Bhd dan Subang Skypark Sdn Bhd (SSSB).

Yang Dipertuanya, Hussin Shahar berkata, usaha yang dilakukan oleh WCT dan SSSB tersebut hanyalah untuk menguntungkan syarikat mereka sendiri.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: Isu LTSAAS: Menteri Kewangan akan beri penerangan

Syed Saddiq selar tindakan PN cuba pajak, jual LTSAAS

Jangan benarkan pihak lain ambil alih LTSAAS: Pengerusi MAHB