Peguam Negara, Hannah Yeoh bantah tahanan rumah Najib - Minit Lembaga Pengampunan

Mohd Dusuki (kiri) dan Hannah Yeoh
Mohd Dusuki (kiri) dan Hannah Yeoh
A
A
A

KUALA LUMPUR  - Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh membantah pelaksanaan tahanan rumah terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak, menurut minit mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan (LPWP) yang dinyahklasifikasikan.

Beberapa muka surat kandungan minit mesyuarat itu dikongsi oleh bekas Ahli Parlimen DAP, Tony Pua menerusi akaun Facebooknya, yang antara lain merekodkan pendirian Peguam Negara berhubung perkara tersebut.

Menurut minit berkenaan, Mohd Dusuki berpendapat bahawa bekas Perdana Menteri itu perlu menjalani hukuman banduan sehingga 2028 sebagaimana pandangan sebelum ini. 

Hukuman tahanan rumah tidak terdapat dalam undang-undang dan merupakan suatu perkara yang asing dan bukan dalam sistem negara kita sebagaimana keputusan Hakim Mahkamah Tinggi, Alice Loke, sebelum ini.

Beliau menyatakan bahawa keputusan itu akan memberi kesan kepada kerajaan khususnya kestabilan politik, ekonomi, pelaburan dan imej negara di peringkat antarabangsa. 

Menurut minit mesyuarat itu, Hannah menyatakan bahawa pandangan beliau sama seperti pandangan Mohd Dusuki dan juga dalam mesyuarat sebelum ini.

AKAN MENYUSUL

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!