X

Kindly register in order to view this article
!

Sorok 2.2 tan ketum bawah timbunan nanas

Ahmad (kiri) bersama pegawainya menunjukkan daun ketum yang dirampas dalam sebuah lori di Batu 6 Jalan Timur Barat, dekat Batu Melintang, Jeli pada Rabu.
A
A

JELI - Taktik seorang pemandu lori menyorokkan 2.2 tan daun ketum di bawah timbunan buah nanas gagal mengaburi mata pihak berkuasa apabila kenderaan itu ditahan semasa melalui sekatan jalan raya (SJR) di Batu 6 Jalan Timur Barat dekat Batu Melintang di sini pada Rabu.

Lelaki berusia 35 tahun itu ditahan pada jam 2 pagi semasa melalui SJR tersebut dalam keadaan mencurigakan.

Ketua Polis Daerah Jeli, Deputi Superintendan Ahmad Ariffin berkata, sejurus ditahan sepasukan anggota telah melakukan pemeriksaan di tempat duduk penumpang.

Menurut beliau, hasil pemeriksaan anggota menjumpai satu botol plastik berisi 500 mililiter cecair disyaki air ketum.

"Pemeriksaan kemudian diteruskan di bahagian belakang lori yang bertutup dengan kanvas dan menjumpai 221 bungkusan plastik hitam yang mengandungi 2.2 tan daun ketum disembunyikan bawah timbunan buah nanas," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Ahmad berkata, siasatan awal mendapati bekalan daun ketum dari utara semenanjung itu untuk pasaran tempatan di negeri ini.

"Nilai rampasan daun ketum dianggarkan berjumlah RM22,110.

"Kes disiasat bawah Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952 dan suspek direman empat hari bermula Rabu," katanya.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!