Pantau kepatuhan SOP dari langit

Tinjauan di Plaza Tol Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE). FOTO: ASRIL ASWANDI SHUKOR
Tinjauan di Plaza Tol Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE). FOTO: ASRIL ASWANDI SHUKOR
A
A
A

SUBANG - Pasukan Gerakan Udara (PGU) Polis Diraja Malaysia berperanan besar dalam memastikan keselamatan dan keamanan negara terus kekal terpelihara daripada sebarang ancaman anasir dalam negara.

Dalam tempoh Sekatan Pergerakan Penuh, PGU antara unit barisan hadapan memastikan kadar kepatuhan prosedur operasi standard (SOP) pada tahap yang tertinggi.

Rondaan tertumpu di beberapa lokasi tumpuan sekitar Selangor dan Kuala Lumpur bagi meninjau keadaan lalu lintas ketika pelaksanaan Sekatan Pergerakan Penuh yang bermula sejak 1 Jun lalu.

Sekatan jalan raya di Lebuhraya Persekutuan menghala ke Kuala Lumpur dan Shah Alam. FOTO: ASRIL ASWANDI SHUKOR
Sekatan jalan raya di Lebuhraya Persekutuan menghala ke Kuala Lumpur dan Shah Alam. FOTO: ASRIL ASWANDI SHUKOR

Sinar Harian berpeluang mengikuti pemantauan yang dijalankan Pasukan Gerakan Udara Pangkalan Semenanjung PGU Subang menerusi helikopter jenis Agusta Westland AW 139 baru-baru ini.

Helikopter yang boleh memuatkan seramai 15 penumpang itu dikendalikan oleh Juruterbang, Superintendan Jefri Jaafar dan Asisten Superintendan Amir Isa dengan dibantu dua kru penerbangan.

Kira-kira jam 10 pagi, helikopter yang dinaiki wartawan dan jurufoto Sinar Harian berlepas bagi menjalankan tinjauan menerusi udara ke lokasi sekatan jalan raya (SJR) di sekitar ibu negara dan beberapa lokasi di Selangor.

Tinjauan dijalankan mendapati beberapa lokasi seperti SJR di Lebuhraya Duta, Lebuhraya DUKE serta SJR Plaza Tol Sungai Besi, pergerakan kenderaan lancar dan ternyata Sekatan Pergerakan Penuh dilaksanakan sejak 1 Jun dipatuhi oleh orang ramai.

Artikel Berkaitan:

Tinjauan di Plaza Tol Gombak. FOTO: ASRIL ASWANDI SHUKOR
Tinjauan di Plaza Tol Gombak. FOTO: ASRIL ASWANDI SHUKOR

Namun, lain pula keadaannya jika dibandingkan di SJR Lebuhraya Persekutuan yang mana menyaksikan keadaan lalu lintas sedikit sesak.

Begitu juga dengan keadaan lalu lintas di Gombak yang mana kawasan itu merupakan antara laluan utama keluar masuk menuju Pantai Timur yang menyaksikan pertambahan kenderaan meningkat pada waktu pagi.

Mengenai peranan Pasukan Gerakan Udara atau dikenali Unit Udara PDRM sebelum ini, Jefri berkata, tugas PGU adalah melakukan tinjauan udara dalam memastikan aliran trafik sentiasa bergerak lancar.

Helikopter jenus Agusta Westland AW 139 yang digunakan oleh Pasukan Gerakan Udara (PGU). FOTO: ASRIL ASWANDI SHUKOR
Helikopter jenus Agusta Westland AW 139 yang digunakan oleh Pasukan Gerakan Udara (PGU). FOTO: ASRIL ASWANDI SHUKOR

"Untuk Sekatan Pergerakan Penuh ini, kita melakukan tinjauan di beberapa lokasi yang menjadi hotspot, yang mana kita akan melihat aliran kenderaan di lokasi-lokasi terlibat. Selalunya pemantauan akan dijalankan bersama pegawai dan anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT).

"Pemantauan juga akan melibatkan SJR, tinjauan dari udara, sekali gus menampakkan keadaan yang lebih jelas aliran trafik di sesebuah SJR itu. Sekiranya berlaku kesesakan kita akan maklumkan," katanya.

Jefri berkata, keadaan lalu lintas sepanjang tempoh Sekatan Pergerakan Penuh menyaksikan penurunan jumlah kenderaan di atas jalan raya.

"Keadaan lalu lintas berbeza jika dibandingkan ketika sebelum pelaksanaan Sekatan Pergerakan Penuh, keadaan lalu lintas agak sesak, namun ketika ini boleh dikatakan di kebanyakan lokasi utama jumlah kenderaan menyaksikan penurunan ketara.

"Kalau ada pun kesesakan, ia hanya ketika waktu puncak. Itu pun sekadar melibatkan beberapa lokasi seperti di Lebuhraya Persekutuan dan juga di beberapa lokasi di Petaling Jaya.

"Selain pemantauan menerusi SJR, PGU turut melaksanakan pemantauan di di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) di kedua-dua arah," katanya.

Ops Benteng

Sementara itu, selain berperanan dalam melaksanakan tinjauan menerusi udara, PGU turut berperanan dalam melakukan tinjauan Ops Benteng di sekitar kawasan persisir pantai negara.

Komander Pangkalan Semenanjung PGU Subang, Asisten Komisioner Azan Husin ketika ditemui Sinar Harian selepas melakukan tinjauan terbabit berkata, pelaksanaan tinjauan Ops Benteng merupakan salah satu elemen di bawah National Task Force yang diterajui oleh Angkatan Tentera Malaysia.

AZAN. FOTO: ASRIL ASWANDI SHUKOR
AZAN. FOTO: ASRIL ASWANDI SHUKOR

"Sebagai salah satu elemen udara dalam PDRM, PGU turut diatur gerak bersama pasukan lain seperti Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) yang mana operasi dijalankan bagi menyekat kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI).

"Secara langsung tugas ini amat penting dalam memastikan tiada PATI yang bolos dalam usaha mengekang penularan wabak Covid-19," katanya.

Menurutnya, sepanjang bermulanya Sekatan Pergerakan Penuh, PGU antara elemen PDRM yang digerakkan bagi membantu melancarkan operasi.

Jefri (depan) bersama pegawainya bersiap sedia menjalankan tugas pemantauan sepanjang tempoh Sekatan Pergerakan Penuh bermula 1 Jun lalu. FOTO: ASRIL ASWANDI SHUKOR
Jefri (depan) bersama pegawainya bersiap sedia menjalankan tugas pemantauan sepanjang tempoh Sekatan Pergerakan Penuh bermula 1 Jun lalu. FOTO: ASRIL ASWANDI SHUKOR

"Pemantauan sememangnya dijalankan oleh PGU sejak awal pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang mana bantuan diberikan kepada JSPT, anggota dan pegawai trafik dibawa meninjau lokasi yang berlaku kesesakan.

"Keadaan dapat dilihat dengan lebih jelas dari atas, tinjauan di SJR dan susur masuk dan keluar lebuh raya di lokasi terlibat," katanya.

INFO

* Pasukan Gerakan Udara dahulunya dikenali unit udara PDRM ditubuhkan pada tahun 1979.

* Pasukan bertanggungjawab di bawah Jabatan Keselamatan dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman.

* Mempunyai tiga pangkalan iaitu di Subang, Sabah dan Sarawak serta satu pangkalan latihan di Ipoh, Perak.