X

Kindly register in order to view this article
!

Kes Covid-19 turun lagi, 4,611 direkod hari ini

Dr Noor Hisham
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Kes keseluruhan positif Covid-19 di negara ini melepasi 700,000 pada Isnin apabila sebanyak 4,611 kes jangkitan baharu dilaporkan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan ialah sebanyak 701,019 kes.

"Jumlah kes aktif ialah 62,916 kes bersamaan 8.97 peratus," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, daripada 4,611 kes baharu tersebut, sebanyak 21 kes merupakan kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

"Jumlah penularan tempatan ialah 4,603 kes membabitkan seramai 3,683 warganegara dan 920 warga asing," katanya.

Beliau berkata, seramai 880 pesakit Covid-19 dirawat di unit rawatan rapi (ICU), manakala 452 memerlukan bantuan pernafasan.

"Sebanyak 69 kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan melibatkan 66 rakyat tempatan dan tiga warga asing," ujarnya.

Dr Noor Hisham berkata, kes kematian pada Isnin membabitkan 24 kes di Selangor, selain Kuala Lumpur (11), Negeri Sembilan (sembilan), Johor (tujuh), Kelantan (empat), Labuan (empat), Terengganu (dua), Sabah (dua), Sarawak (dua) dan Melaka (satu).

Sementara itu, beliau berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan sebanyak 5,439 kes sembuh daripada Covid-19, sekali gus menjadikan jumlah kumulatifnya ialah sebanyak 633,624 kes.

"Ia bersamaan dengan 90.39 peratus daripada keseluruhan kes," kata beliau.

Mengulas mengenai jangkitan dalam negara, Dr Noor Hisham berkata, Selangor kekal melaporkan kes tertinggi iaitu sebanyak 1,346 kes.

Katanya, ia diikuti oleh Sarawak (682), Perak (453), Negeri Sembilan (437), Johor (314), Kuala Lumpur (310), Kelantan (219), Melaka (205), Kedah (182), Labuan (130), Pulau Pinang (84), Pahang (50), Terengganu (18) dan Putrajaya (15).

Menurutnya, Perlis tidak melaporkan sebarang pertambahan kes.

Katanya, terdapat sebanyak 22 kluster baharu dikenal pasti membabitkan 14 kluster tempat kerja, tujuh kluster komuniti dan satu kluster berisiko tinggi.

"Jumlah keseluruhan kluster ialah 2,645. Daripada jumlah itu, sebanyak 1,801 kluster telah diisytihar tamat, manakala 844 masih aktif," katanya.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!