X

Kindly register in order to view this article
!

MYACT bantu SPRM sebar mesej antirasuah

Tangkap layar Majlis Perasmian dan Pelancaran MYACT 2021 yang diadakan secara maya pada Sabtu.
A
A

SHAH ALAM - Penubuhan Malaysian Youth Anti-Corruption Task Force (MYACT) merupakan usaha tepat dalam membantu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terutamanya Bahagian Pendidikan Masyarakat bagi menyebar luas mesej anti rasuah kepada ahli-ahli persatuan, pelajar universiti serta golongan belia.

Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM, Datuk Razim Mohd Noor berkata, golongan tersebut diperlukan bagi membentuk masyarakat yang berdaya saing, berintegriti serta berani untuk menolak sebarang jenayah termasuklah jenayah rasuah.

Beliau berkata, sokongan berkenaan membawa erti besar bahawa SPRM tidak bersendirian menentang budaya rasuah dalam negara ini.

“Saya difahamkan ini salah satu usaha PKPIM (Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia) untuk menggembeleng tenaga dalam menubuhkan pasukan bertindak (task force) anti-rasuah bagi membantu SPRM menyebarkan mesej anti rasuah kepada ahli-ahli persatuan, pelajar universiti dan golongan belia.

“Pelbagai program bengkel dan perbincangan meja bulat telah dirancang dan akan dilaksanakan oleh pasukan ini bermula Jun hingga Oktober 2021,” katanya.

Mengulas lanjut, Razim berkata, penubuhan pasukan tersebut adalah selaras dengan inisiatif dalam Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023.

“Kita ada lagi tiga tahun untuk menjayakan pelan berkenaan iaitu menyebar luas mesej anti-rasuah dalam konteks hubungan antara insan, melalui penglibatan pelbagai agensi agama dan badan bukan kerajaan (NGO) secara berterusan. Itu adalah salah satu daripada pelan tersebut.

“Selain itu pegawai-pegawai dari Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM sedia membantu pasukan bertindak ini supaya dapat menyalurkan informasi yang betul dan tepat berkaitan dengan SPRM serta jenayah rasuah,” ujarnya.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!