Poverty Circle semasa wabak

Kerajaan akan tubuh dan pengerusikan 'Poverty Circle' yang dianggotai oleh wakil kerajaan, swasta, pertubuhan masyarakat sivil dan tokoh akademik bagi membincangkan dan merangka strategi terbaik tangani kemiskinan khususnya ketika pandemik Covid-19. - Foto 123RF
Kerajaan akan tubuh dan pengerusikan 'Poverty Circle' yang dianggotai oleh wakil kerajaan, swasta, pertubuhan masyarakat sivil dan tokoh akademik bagi membincangkan dan merangka strategi terbaik tangani kemiskinan khususnya ketika pandemik Covid-19. - Foto 123RF
A
A
A

BARU-baru ini Tuk Seri Mustapa Mohamed (Tok Pa) cadangkan Poverty Circle (PC). Buat masa ini biarlah Awang guna ungkapan Inggeris oleh sebab takut tersalah terjemah.

Kata Tok Pa, PC akan terdiri daripada wakil-wakil kerajaan, swasta, pertubuhan masyarakat sivil dan tokoh-tokoh akademik.

Tujuannya nak bincang dan rangka strategi terbaik menangani kemiskinan khususnya ketika pandemik.

Awang tak mahu persoal niat baik Tok Pa. Tok Pa juga ada bangkitkan bahawa berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) 2019, kadar kemiskinan mutlak telah berkurang.

Tapi Tok Pa tentu tahu apa pun yang kita capai itu sekarang dah hancur berkecai.

Awang yang bukan pandai soal ekonomi ini pun tahu, ukuran tahun 2019 itu sudah tak boleh pakai.

Bukan ahli ekonomi pun tahu rakyat terjejas teruk sekarang.

Mungkin Tok Pa tak tahu banyak rakyat berpendapatan rendah di bandar kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Artikel Berkaitan:

Mereka yang bekerja sendiri hilang pendapatan akibat PKP dan lockdown yang tak sudah-sudah.

Pada pendapat Awang tak usah buat lagi badan atau jawatankuasa atas nama PC atau apa pun.

Apa yang golongan miskin ini mahu ialah bantuan kerajaan.

Bantuan bukan cara bagi Mak Cik Kiah duit sekali tetapi riuh rendahnya macam Pak Kaduk menang sabung.

Yang penting bantu syarikat terutamanya IKS, bantu mereka yang beri pekerjaan.

Rakyat pula perlu diberi moratorium bayar balik pinjaman pada bank.

Tok Pa kena bagi nasihat kat Menteri Kewangan, turun ke bawah, tengok sendiri penderitaan rakyat.

Jangan buat perancangan dari bilik berhawa dingin sahaja.