X

Kindly register in order to view this article
!

Niaga hadapan emas ditutup tidak berubah

Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tidak diniagakan pada Jumaat berikutan kekurangan sokongan belian.
A
A

KUALA LUMPUR - Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tidak diniagakan pada Jumaat berikutan kekurangan sokongan belian.

Peniaga Phillip Futures Sdn Bhd, Liou Xin Hui berkata, sementara itu harga emas Comex naik satu peratus pada Jumaat apabila kenaikan dolar AS yang terhenti seketika telah membantu emas kembali meningkat semula daripada penurunan mendadak pada sesi sebelumnya.

“Penurunan emas Comex sebelum ini disebabkan oleh jangkaan kenaikan kadar faedah Rizab Persekutuan AS yang menyebabkan emas berada pada kedudukan terendahnya dalam tempoh hampir sembilan bulan,” katanya kepada Bernama.

Pada penutup, kontrak bulan semerta Jun 2021 berada pada RM225 segram, Julai 2021 pada RM230 segram, manakala Ogos 2021 dan September 2021 kekal pada RM255 segram.

Jumlah dagangan adalah sifar manakala kepentingan terbuka berjumlah lapan kontrak.

Pada jam 5 petang, harga emas fizikal susut RM1.67 kepada RM230.71 segram daripada RM232.38 segram pada Khamis. - Bernama


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!