Niaga hadapan emas ditutup tinggi

Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini dengan 23 lot diniagakan.
Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini dengan 23 lot diniagakan.
A
A
A

NIAGA hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini dengan 23 lot diniagakan.

Kontrak bulan semerta Mei 2023 naik kepada AS$2,020.20 setiap troy auns daripada AS$2,011.20 setiap troy auns pada Jumaat minggu lepas.

Kontrak bagi Jun 2023, Julai 2023, Ogos 2023, Oktober 2023 dan Disember 2023 semuanya ditutup pada AS$2,028.40 setiap troy auns.

Harga emas fizikal berada pada AS$2,019.90 setiap troy auns seperti yang diterbitkan oleh London Bullion Market Association pada 12 Mei, 2023. - Bernama