CCTV rakam dua individu buang sampah secara haram

Rakaman CCTV memaparkan perbuatan individu membuang sampah secara haram.
Rakaman CCTV memaparkan perbuatan individu membuang sampah secara haram.
A
A
A

GOMBAK - Dua individu yang dikesan membuang sampah secara haram di Pasar Taman Sri Gombak di sini dikenakan kompaun RM1,000 setiap seorang.

Pengarah Jabatan Korporat Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Mohamad Zin Masoad berkata, perbuatan itu dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di lokasi 'hotspot' pada Selasa lalu.

Menurutnya, tindakan dikenakan di bawah Seksyen 5, Undang-undang Kecil Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah (MPS) 2007.

"Notis kompaun ini telah dihantar ke kediaman pesalah melalui semakan nombor pendaftaran kenderaan di aplikasi i-Sikap.

"Tong sampah berkenaan dikhususkan untuk peniaga pasar berkenaan sahaja dan perbuatan membuang sampah haram itu telah menyebabkan limpahan sampah dan mengakibatkan kesulitan serta kacau ganggu kepada peniaga di sana, " katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Tambahnya, MPS akan terus mempergiatkan pemantauan terutama di kawasan 'hotspot' bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

Katanya lagi, MPS mengingatkan masyarakat untuk membuang sampah domestik di tong sampah

kediaman masing-masing selain peka terhadap jadual kutipan sampah yang ditetapkan.

Artikel Berkaitan:

"Maklumat lanjut berkaitan kutipan sisa pepejal boleh dilayari melalui https://www.mps.gov.my/ms/perkhidmatan-pembersihan atau menghubungi pihak KDEB Waste Management di 036128 3364," katanya.