X

Kindly register in order to view this article
!

Raja-raja sokong pendirian Agong, setuju darurat ditamatkan selepas 1 Ogos

Perbincangan khas Majlis Raja-Raja yang berlangsung di Istana Negara, Kuala Lumpur pada Rabu.
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Raja-raja Melayu bersetuju supaya tiada keperluan untuk meletakkan negara di bawah pemerintahan darurat selepas 1 Ogos ini dan menyokong pendirian Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah agar persidangan Parlimen diadakan segera.

Menurut Penyimpan Mohor Besar Raja-raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad, raja-raja pemerintah berpendirian pentingnya mekanisme semak dan imbang antara cabang eksekutif, legaslatif dan kehakiman dihormati.

Jelasnya, Ia bagi menjamin berlakunya tadbir urus yang telus, berintegriti dan bertanggungjawab kepada rakyat terutama dalam hal ehwal kewangan dan perbelanjaan negara.

"Dalam semangat tersebut raja-raja pemerintah menyokong dan senada dengan pendirian Yang di-Pertuan Agong yang menitahkan Parlimen segera bersidang.

"Di peringkat negeri, raja-raja pemerintah turut berpendirian agar Dewan-dewan Undangan Negeri dibolehkan bersidang secepat mungkin.

"Kaedah dan prosedur persidangan seperti yang diamalkan di beberapa buah negara yang terbukti dapat mengawal rangkaian jangkitan virus Covid-19 wajarlah diperkenan dan diterima pakai di negara ini," katanya dalam satu kenyataan.

Pada Rabu, Yang di-Pertuan Agong telah mengadakan perjumpaan bersama Raja-raja Melayu di Istana Negara, Kuala Lumpur.

Antara yang hadir ialah Sultan Terengganu, Sultan Selangor, Sultan Johor, Sultan Perak, Sultan Kedah, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Raja Muda Perlis dan Pemangku Raja Pahang.

Dalam pada itu, Syed Danial berkata, adalah menjadi kewajipan Yang di-Pertuan Agong dan raja-raja pemerintah di negeri-negeri untuk mengimbangi pelbagai tuntutan demi menjamin berlakunya keadilan dan menghindarkan kemungkinan sebenar ataupun tanggapan berlakunya sebarang penyalahgunaan kuasa.

"Raja-raja Melayu turut menegaskan pentingnya prinsip raja berpelembagaan dan demokrasi berparlimen diterjemahkan melalui budaya pemerintahan yang pada setiap masa meluhurkan Perlembagaan Negara dan mendaulatkan undang-undang," ujar beliau.

ARTIKEL BERKAITAN: Agong zahir pandangan sidang Parlimen perlu diadakan secepat mungkin


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!