Sajat saksi penting kes tipu tukar nama, jantina dalam kad pengenalan

Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat merupakan saksi penting bagi memberi keterangan ke atas seorang wanita yang dituduh sebelum ini kerana terlibat dalam kes penipuan pertukaran nama dan jantina dalam kad pengenalan.
Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat merupakan saksi penting bagi memberi keterangan ke atas seorang wanita yang dituduh sebelum ini kerana terlibat dalam kes penipuan pertukaran nama dan jantina dalam kad pengenalan.
A
A
A

AMPANG - Usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat merupakan saksi penting bagi memberi keterangan ke atas seorang wanita yang dituduh sebelum ini kerana terlibat dalam kes penipuan pertukaran nama dan jantina dalam kad pengenalan.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, Sajat dikehendaki polis kerana dia disyaki telah melarikan diri dan tidak dapat dikesan bagi menghadiri perbicaraan yang sedang berlangsung di Mahkamah Ampang bersabit kes itu.

"Dia adalah mangsa dan juga merupakan saksi bagi membantu pihak pendakwa raya dalam kes yang akan berlangsung pada 14 Julai ini," katanya melalui kenyataan pada Selasa.

Sajat, 36, turut diburu pihak berkuasa selepas waran tangkap terhadapnya dikeluarkan selepas gagal hadir sebutan semula pertuduhan berpakaian wanita di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.

Sebelum ini, media melaporkan Sajat didakwa sedang bersembunyi di Thailand selepas menghilangkan diri susulan waran tangkap berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Sajat dikehendaki polis kes penipuan kad pengenalan

Artikel Berkaitan: