X

Kindly register in order to view this article
!

Vaksin: UM teliti dakwaan pelajar dihalang ambil peperiksaan

Universiti Malaya
A
A

KUALA LUMPUR - Universiti Malaya (UM) memandang serius berhubung laporan polis yang dibuat seorang pelajar jurusan perubatan atas dakwaan pihak pentadbiran UM menghalang beliau menduduki peperiksaan kerana belum menerima suntikan vaksin Covid-19.

Pengarah Pejabat Komunikasi Korporat UM, Mohd Khairi Md Jaafar dalam satu kenyataan berkata, pihak UM sedang meneliti perkara itu secara lebih terperinci dan terbuka untuk bekerjasama dengan semua pihak terbabit bagi menyelesaikan isu berkenaan.

“Sebagai sebuah universiti yang menerapkan nilai kebersamaan, Universiti Malaya sentiasa berjuang bersama-sama dengan rakyat Malaysia dalam memerangi wabak Covid-19.

“Adalah menjadi tanggungjawab Universiti Malaya untuk menyediakan kampus yang kondusif dan selamat kepada warga kampus dalam berdepan dengan pandemik ini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar mengesahkan menerima laporan seorang pelajar UM berhubung isu itu dan berkata, kes berkenaan masih dalam siasatan. - Bernama


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!