Program Sembang Santai Bossku tukar lokasi

Najib ketika berdialog santai bersama mahasiswa dan orang awam di sebuah restoran.
Najib ketika berdialog santai bersama mahasiswa dan orang awam di sebuah restoran.
A
A
A

BANGI - Program Sembang Santai Bossku bersama Datuk Seri Najib Tun Razak anjuran Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang ditangguhkan saat akhir tetap diteruskan hari ini.

Mengikut perancangan asal, program bersama bekas Perdana Menteri itu sepatutnya diadakan di bangunan Pusanika universiti berkenaan, namun terpaksa diubah ke sebuah restoran berdekatan.

Terdahulu, Najib hadir menunaikan solat Jumaat di Masjid UKM.

ARTIKEL BERKAITAN:Program Sembang Santai Bossku di UKM tangguh bukan batal

Selesai solat, Najib sempat menyampaikan ucapan hadapan kira-kira 200 mahasiswa dan orang awam.

Semalam, Naib Canselor UKM, Prof Dr Mohd Hamdi Abd Shukor berkata, program berkenaan ditangguh kerana pihak pentadbiran universiti itu tidak dimaklumkan mengenai program berkenaan.

Tambah beliau, sebarang kenyataan akan dikeluarkan oleh Timbalan Naib Canselor Hal-Ehwal Pelajar, Prof Madya Dr Roslee Rajikan dalam masa terdekat.

Artikel Berkaitan: