KDN gesa UNHCR beri butiran pemegang kad untuk vaksinasi

Hamzah pada sidang media rangkuman operasi pemantauan Prosedur Operasi Standarad (SOP) pelaksanaan penutupan pergerakan penuh fasa pertama di Kementerian Dalam Negeri, pada Sabtu. -Foto Bernama
Hamzah pada sidang media rangkuman operasi pemantauan Prosedur Operasi Standarad (SOP) pelaksanaan penutupan pergerakan penuh fasa pertama di Kementerian Dalam Negeri, pada Sabtu. -Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Dalam Negeri (KDN) menggesa Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian ( UNHCR) memberikan senarai butiran pemegang kad yang dikeluarkan organisasi tersebut bagi memudahkan proses vaksinasi golongan itu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, UNHCR hanya memaklumkan jumlah 178,715 pemegang kad UNHCR yang ada di negara ini.

“Setakat ini, tidak ada senarai (butiran peribadi), cuma diberitahu ada 178,715 (pemegang kad) dikeluarkan.

“Di mana mereka tinggal tidak tahu,” katanya dalam sidang akhbar di kementeriannya pada Sabtu.

Dalam pada itu, Hamzah berkata, pihakny mengenalpasti hampir 2.5 juta warga asing yang memegang pelbagai dokumen akan menerima vaksin.

“Saya ingin jelaskan supaya rakyat memahami apabila kita nak mencapai imuniti kelompok sebanyak 70 peratus sekurang-kurangnya mereka yang ada dalam negara kita iaitu warganegara atau warga asing dapat diberikan vaksin

“(Ia) melalui program yang diumumkan Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

“Saya akan bekerjasama dengan Khairy untuk memastikan warga asing dapat menerima vaksin,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Hamzah berkata, KDN juga sedang mengenalpasti keberadaan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang tidak mempunyai dokumen di dalam negara ini.

Tambah beliau, bagi mengelakkan masalah sosial, ekonomi, keselamatan dan kesihatan yang berpunca daripada kebanjiran PATI selain membuka peluang kepada mereka untuk pulang atau bekerja secara sah melalui Pelan Rekalibrasi PATI yang diperkenalkan pada akhir tahun lalu.