Warisan nafi kenyataan bersama Pas sokong Hishammuddin sebagai PM

Kenyataan media bertarikh 11 Jun 2021 berhubung Pas dan Warisan yang memberi sokongan kepada Hishammuddin sebagai Perdana Menteri adalah palsu.
Kenyataan media bertarikh 11 Jun 2021 berhubung Pas dan Warisan yang memberi sokongan kepada Hishammuddin sebagai Perdana Menteri adalah palsu.
A
A
A

KOTA KINABALU - Parti Warisan Sabah (Warisan) menyangkal isi kandungan kenyataan yang tular kononnya dikeluarkan parti itu bersama Pas untuk menyokong Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai Perdana Menteri yang baharu.

Setiausaha Agung Warisan, Datuk Loretto Padua menafikan kenyataan itu yang merupakan fitnah dan turut memalsukan tandatangannya sebagai mewakili parti.

"Saya menyangkal sekeras-kerasnya isi kandungan kenyataan media Pas bertarikh 11 Jun 2021. Saya sama sekali tidak pernah sama ada bagi pihak Warisan mahu pun atas kapasiti peribadi untuk mempersetujui atau menandatangani apa-apa persetujuan muafakat bersama Pas bagi menyokong mana-mana individu sebagai Perdana Menteri.

"Warisan tidak pernah terlibat dengan kenyataan media itu," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, tindakan akan diambil selepas berbincang dengan peguamnya berhubung perkara itu.

"Perbuatan seperti ini adalah tindakan orang-orang yang kemaruk kuasa sehingga sanggup memfitnah dan memalsukan tandatangan saya.

"Saya akan membuat laporan polis selepas berbincang dengan peguam berhubung perkara ini," katanya.

Artikel Berkaitan: