Ustazah rugi RM78,214 terpedaya hadiah barang kemas

Mangsa berusia 49 tahun merupakan seorang guru agama dikatakan berkenalan dengan lelaki terbabit menerusi laman sosial sebelum dijanjikan hadiah berupa barang kemas. Gambar hiasan.
Mangsa berusia 49 tahun merupakan seorang guru agama dikatakan berkenalan dengan lelaki terbabit menerusi laman sosial sebelum dijanjikan hadiah berupa barang kemas. Gambar hiasan.
A
A
A

MELAKA - Teruja untuk mendapatkan hadiah barang kemas daripada seorang lelaki di luar negara yang baru dikenali menerusi laman sosial, seorang ibu tunggal kerugian RM78,214.

Mangsa berusia 49 tahun merupakan seorang guru agama dikatakan berkenalan dengan lelaki terbabit menerusi laman sosial sebelum dijanjikan hadiah berupa barang kemas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) negeri, Superintendan E Sundra Rajan berkata, pada 28 Mei lalu, wanita berkenaan menerima panggilan telefon yang mendakwa daripada syarikat kurier, Elite Clear.

Beliau berkata, syarikat berkenaan memberitahu bungkusan tersebut telah sampai ke tanah air dan meminta wanita berkenaan membuat bayaran tuntutan.

Menurutnya, mangsa kemudian membuat bayaran secara berperingkat berjumlah keseluruhan sebanyak RM78,214 ke dalam tiga akaun berbeza.

"Modus operandi suspek ialah dengan memperdayakan mangsa dan memberitahu bayaran tersebut perlu dibuat atas pelbagai alasan termasuk cukai kastam.

"Walaupun selepas pembayaran dibuat, suspek masih meminta wang menyebabkan mangsa berasa ditipu, lalu membuat laporan di Balai Polis Alor Gajah," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Artikel Berkaitan: