X

Kindly register in order to view this article
!

15,000 sukarelawan bantu program vaksinasi: Rina

Sukarelawan akan digerakkan untuk membantu proses pemberian vaksin kepada kumpulan sasaran KPWKM.
A
A

PUTRAJAYA - Seramai 15,000 sukarelawan agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan digerakkan bagi membantu proses pemberian vaksin, kata Menterinya Datuk Seri Rina Mohd Harun.

Beliau berkata sukarelawan terlibat ialah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), khidmat bantu di rumah JKM, Skuad Prihatin Negara, Skuad Waja, Jabatan Pembangunan Wanita dan Yayasan Kebajikan Negara.

"Sukarelawan akan digerakkan untuk membantu proses pemberian vaksin kepada kumpulan sasaran KPWKM, mempromosikan pendaftaran dan penyebaran maklumat sahih mengenai kebaikan vaksin Covid-19 serta membantu kumpulan sasaran yang amat memerlukan bantuan fizikal seperti Orang Kurang Upaya (OKU) dan warga emas terlantar," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Rina juga berharap masyarakat mengambil berat dan menjadi "mata dan telinga" kerajaan dengan melaporkan kes yang memerlukan bantuan segera seperti warga emas atau OKU yang berseorangan atau terlantar kepada saluran yang sesuai. - Bernama


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!