Feri Pulau Pinang kembali terapung

Feri Pulau Pinang yang kini sedang dibaiki akan diubahsuai sebagai Muzium Terapung.
Feri Pulau Pinang yang kini sedang dibaiki akan diubahsuai sebagai Muzium Terapung.
A
A
A

GEORGETOWN - Feri Pulau Pinang yang sebelum ini dilaporkan nyaris tenggelam kini kembali terapung dan kerja membaik pulih di bahagian bilik enjin yang bocor selesai dilakukan kira-kira jam 10 malam Selasa.

Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) Datuk Tan Teik Cheng berkata, pasukan terlibat dengan kerja-kerja baik pulih akan melakukan pemeriksaan penuh dari masa ke masa bagi memastikan tiada kebocoran dan mengelakkan kejadian sama berulang.

"Sekiranya pembaikan siap sepenuhnya, feri itu akan ditempatkan di Tanjung City Marina dan akan diubahsuai sebagai Muzium Terapung.

"Saya juga ingin merakamkan ribuan terima kasih atas usaha dan tindakan profesional pasukan SPPP dan Penang Port Sdn Bhd (PPSB)," katanya menerusi satu kenyataan di sini pada Rabu.

Pada Ahad lalu Sinar Harian melaporkan feri ikonik Pulau Pinang itu kelihatan condong dan nyaris tenggelam selepas berlaku kebocoran sehingga menyebabkan bilik enjin dipenuhi air.

Berikutan kejadian itu, SPPP telah melakukan kerja-kerja mengepam aliran air sebelum proses pembaikan bagi memastikan kenderaan itu terapung semula.

ARTIKEL BERKAITAN:SPPP giat usaha selamatkan feri Pulau Pinang

Artikel Berkaitan: